Tuesday, March 30, 2010
Arak..1Malaysia Boleh
AHLI PARLIMEN KOTA RAJA
YB DR HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.....
Kesimpulannya selagi Umno/BN memerintah berlandaskan keuntungan duniawi tanpa mengira kepentingan untuk melaksanakan hukum-hukum Allah di Malaysia ini selagi itulah kita akan terus dilihat mendokong maksiat dalam kehidupan seharian kita.
Monday, March 29, 2010
Mursyidul Am Pas
KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN
PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS
• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010
Saturday, March 27, 2010
Pejuang Melayu Sejati...
Gambar diatas mempunyai penuh makna tersendiri dimana dua hulubalang Melayu terkini berikrar mempertahankan hak istimewa orang Melayu hingga titisan darah yang terakhir..Selanjutnya Perkasa memberi amaran kepada seluruh parti politik tanahair untuk tidak bermusuhan dengan Perkasa jika ingin memenangi pilihanraya umum nanti.
Amaran ini dibuat bersempena dengan Mesyuarat Agung kali pertama Perkasa hari ni yang dirasmikan oleh Tun Mahathir. Segak berpakaian tradisional Melayu dan bertanjak laksana hulubalang, Tun bertegas keadaan sekarang ini Melayu semakin ditindas akibat kelemahan parti politik tunjang orang Melayu dan satu-satunya parti politik yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Umno. Selanjutnya Mahathir menyalahkan kepimpinan Pak Lah yang menyebabkan kelemahan Umno begitu ketara hinggakan dihina oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lalu. Bagi Mahathir Umno merupakan satu-satunya parti yang dapat mempertahankan hak-hak orang Melayu, baginya Umno tidak boleh kalah dalam mana-mana pilihanraya kerana taanpa Umno maka hancurlah segala hak - hak orang Melayu.
Perkasa yang diterajui raja katak Malaysia ..Ibrahim Ali begerak atas nama untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu yang pada pendapatnya mulai terhakis akibat desakan bangsa lain. Ibrahim Ali dilihat akan terus memainkan isu-isu yang bersangkutan dengan bangsa selain bertindak menidakkan kesalahan Umno yang selama ini menjadi punca terhakisnya sedikit demi sedikit hak-hak orang Melayu. Bagi Perkasa dan ahli-ahlinya kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan untuk menegakkan agama Islam. Namun rakyat sedar akan kenyataan yang sebenarnya selama ini dan faham sangat parti mana ynag selama ini hipokrit melalak memperjuangkan bangsa dan agama tetapi terus menerus merobek dan menghancurkan hak-hak agama Islam dan bangsa Melayu.
Umno lah yang merupakan parti yang sanggup menggadaikan segala maruah agama dan bangsa selagi mana ianya untuk kepentingan politik mereka. Malah Umno sanggup mempermainkan sentimen perkauman dan keagamaan secara terang-terangan hanya untuk meraih simpati orang-orang Melayu yang semakin terhakis terhadap Umno. Maruah agama bagi Umno tidak menjadi keutamaan dan Umno sanggup meletakkan agama ditahap yang paling rendah selagi mana ianya dapat mencapai cita-cita politik mereka.
Buat Perkasa ..ubahlah matlamat kamu dari untuk memertabatkan bangsa semata kepada meneruskan agenda memertabatkan Islam sebagai matlamat perjuangan yang diredhai Allah. Dan berhentilah memainkan polemik bangsa Melayu dan berhenti menjadi 'kuda tungganngan' Umno kerana rakyat sebenarnya semakin memahami tindak tanduk Ibrahim Ali yang sanggup mengkhianati sahabat dan pengundi-pengundi yang memilih beliau selama ini.
Wednesday, March 24, 2010
Antara 2 Darjat..Brunei & Malaysia
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan
penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada
mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah
mereka boleh mandi arak.
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran,
kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," egasnya.
Itu di Brunei, di Malaysia lain pula halnya..usul ahli Parlimen Rasah dari DAP Anthony Loke Siew Fook agar kerajaan Malaysia mengawal serta mengurangkan cabutan khas ataupun 'special draw' yang diluluskan kerajaan kepada syarikat perjudian negara ini disambut Menteri Kewangan dengan kata ianya akan merugikan negara. Bagi Menteri Kewangan Malaysia, perjudian harus dikekalkan agar dapat menjana ekonomi negara dan pulangan hasil cukai dari lesen perjudian dapat digunakan untuk membangunkan negara dengan lebih efektif....
Bukan itu saja, perjudian serta kepelbagaian perniagaan yang bersangkutan dengannya akan terus dijunjung BN selagimana ianya menguntungkan mereka. Dan semua orang tahu dana dari hasil judi jugalah yang menampung perbelanjaan BN dalam kempen pilihanraya mereka selama ini. Umno yang menjadi tunjang BN tidak pula ingin pula cuba menghapuskannya malah mengurangkannya juga ditolak mereka mentah-mentah...Pejuang agama kononnya.

Sunday, March 21, 2010
10 Wasiat Dari As Syahid Imam Hassan Al Bana
1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.
3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.
4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.
6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.
7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.
8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.
9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.
10.Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.
Tu Dia !! Baru Kami Tau !!
Pendedahan ahli Parlimen Machang di sidang Parlimen baru-baru ini perihal tingkah laku pemimpin Umno yang beragama Islam minum arak serta berjudi membongkar cerita disebalik perjuangan sebenar pemimpin-pemimpin Umno ini. Pendedahan di Parlimen ini membuka mata rakyat khasnya Melayu kerana penilaian dapat dibuat keatas keperibadian pemimpin Melayu mereka yang dikatakan pembela rakyat dan agama selama ini. Cerita-cerita ini hanyalah sebahagian daripada mainan hidup pejuang bangsa Melayu ini yang terbukti lebih mementingkan kemewahan hidup daripada memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan mereka.
Bagi Umno, selagi mereka membina masjid ataupun menganjurkan beberapa program keagamaan tindakan ini telah pun mencerminkan perjuangan Islam mereka. Bahkan selagi mana salah seorang daripada mereka menjadi pemimpin tertinggi negara, Umno sudah pun menjalankan syiar Islam di Malaysia ini. Pegangan politik suku agama suku yang menjadi tunjang perjuangan Umno selama ini terus menjadikan mereka sentiasa diselebungi noda - noda serta daki-daki politik kotor.
Bagi mereka yang melihat suntingan pendedahan oleh YB Saifudin semalam di You Tube dapat melihat dengan jelas betapa segelintir pemimpin Umno seakan-akan cuba menegakkan benang basah hinggakan cuba bertekak dengan Saifudin seolah-olah membela diri. Disebalik celahan YB Mahfuz dari Parlimen Pokok Sena, rakyat seharusnya lebih bijak menilai keadaaan yang sebenarnya dan dapat mengagak siapa yang dimaksudkan terlibat oleh YB Saifudin di Parlimen semalam. Pendedahan itu mungkin hanya sekelumit dari apa yang pernah ataupun sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mahupun kroni-kroni Umno selama ini.
Siapa yang menganggotai barisan Pengarah syarikat arak Carlsberg Malaysia? Siapa yang baru-baru ini dilantik menjadi Pengarah syarikat arak diluar negara ? Siapa pula selama ini dalam diam menjadi Pengarah syarikat perjudian Genting Berhad yang dimiliki Vincent Tan ? Semua ini berkait rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bertindak sebagai pencarum dana-dana politik Umno selama ini.
Semua ini tidak mungkin dapat diketahui umum lebih-lebih lagi mereka yang berada dikampung-kampung kerana bentuk media-media yang sampai kepada mereka cumalah media-media yang dkuasai penuh oleh Umno/BN. Dan tidak mungkin rakyat akan menerima berita-berita sebegini kerana Umno/BN tidak mungkin mahu rakyat mengetahuinya.
Friday, March 19, 2010
Apa Kesudahannya .. Bagi Zahrain?
Sidang Parlimen kali ini menyaksikan bekas ahli Parlimen PKR, Datuk Zahrain menggunakan platform Parlimen untuk memburuk-burukkan Pakatan Pembangkang lagaknya umpama askar upahan Umno/BN. Perubahan yang begitu menonjol yang ditunjukkan oleh Datuk Zahrain sebaliknya dilihat akan menjadi bahan ketawa pendokong - pendokong Pakatan Pembangkang kerana sebelum ini Datuk Zahrain begitu menyanjung pemimpin - pemimpin Pakatan terutamanya Datuk Seri Anwar.
Gelagat Dauk Zahrain yang lebih kuah dari sudu ini jelas menggambarkan akhlak beliau selama ini yang tidak pernah ikhlas dengan perjuangan dan seolah-olah obses dengan kemampuan sendiri walhal kejayaan beliau sehingga berjaya menjadi ahli Parlimen sebenarnya lebih banyak diusahakan oleh ahli-ahli parti dibawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika ingin mengambil kira keperibadian beliau, tidak mungkin beliau terpilih menjadi ahli Parlimen Bayan Baru.
Datuk Zahrain yang selama ini begitu menyanjungi keperibadian Datuk Seri Anwar, sekarang ini boleh berubah sekelip mata gara-gara disingkir dari menerajui PKR Pulau Pinang. Pemimpin sebegini sebenarnya tidak langsung layak untuk memimpin rakyat diatas kapasiti sebagai ahli Par,imen, malah seharusnya beliau meletak jawatan bagi memberi hak pengundian semula kepada seluruh warga Bayan Baru bagi memilih seorang pemimpin yang benar-benar layak.
Malah pembongkaran beliau mengenai pembabitan beberapa ahli - ahli Parlimen BN untuk melompat parti pada 16 September 2008 lalu akan lebih memberi impak yang buruk kepada beliau sendiri. Beberapa ahli Parlimen yang dikatakan terlibat tersebut semuanya menyatakan Datuk Zahrain berbohong dan menafikan sekeras-kerasnya pembabitan mereka.
Bung Mokhtar Radin
Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.
Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan, kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.
Ghapur Salleh
Beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.
Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas, katanya.
Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang. “Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti,” katanya.
Tengku Razaleigh Hamzah
“Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.
Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.
Dr Chua Soon Bui
Beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.
Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.
Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain, katanya.
Akibat dari tindakan 'bodoh' beliau sendiri Datuk Zahrain kan terus dikecam oleh Pakatan Rakyat dan seterusnya oleh BN sendiri kerana bagi mereka Datuk Zahrain tidak lebih daripada hanyalah 'melukut ditepi gantang' dan tidak akan memberi apa-apa impak kepada senario politik negara disebabkan keperibadian beliau yang buruk hasil perbuatan beliau sendiri. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat akan menambahkan lagi kebencian penyokong - penyokong Pakatan Rakyat dan tidak mustahil beliau akan terus didesak supaya meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Bayan Baru.

Tuesday, March 16, 2010
Parlimen : Usul Royalti Minyak Ditolak...
Seperti diduga usul perbahasan bayaran royalti minyak kerajaan negeri Kelantan yang cuba dibawa oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian , Salahudin Ayub ditolak mentah-mentah oleh Speaker Datuk Pandikar Amin Mulia dengan alasan ianya tidak mendesak buat masa sekarang. Memang dasar kerajaan BN untuk tidak memberi keutamaan kepada pelbagai isu yang boleh menimbulkan masaalah kepada mereka niarpun ianya melibatkan kepentingan rakyat.
Tambahan pula setelah mereka sedar akan kesilapan mereka mengenai royalti minyak yang Kelantan berhak selama ini menjadi tuntutan kerajaan Pas bukannya kerajaan yang dipimpin Umno/BN. Bagi Umno/BN , mereka sebenarnya tidak mempunyai asa untuk menolak permintaan kerajaan negeri Kelantan dan akan terus mengelak daripada membahas usul tersebut keranan ianya akan terus membuka pekung-pekung mereka selama ini.
Keratan akhbar Berita Harian tahun 1983 dibawah jelas menunjukkan bukti akan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti unai minyak kepada Kelantan sebanyak 5% hasil pertemuan minyak di Kelantan pada waktu itu. Dan terbuktilah kerajaan Persekutuan telah berdolak dalih selama ini dan akan terus berbuat demikian kerana Kelantan akan terus diperintah Pas jika kerajaan negeri mendapat wang royalti tersebut yang dianggarkan berjumlah hampir RM 2 bilion.
Dan tidak mustahil juga BN akan kehilangan lebih banyak negeri pada PRU 13 nanti jika wang royalti tersebut diserahkan kepada Kelantan dan Kelantan dibawah naungan TGNA akan membelanjakan wang tersebut dengan berhemah demi kepentingan rakyat Kelantan tidak seperti kerajaan BN. Atas kapasiti itu juga BN akan terus cuba untuk menidakkan hak rakyat Kelantan demi survival politik pemimpin-pemimpin korup mereka.

Sunday, March 14, 2010
Ku Ingin Bebas....Poodah.....
Kumpulan 5 anggota ' Parlimen Bebas 'bertekad untuk terus menjadi ahli Parlimen Bebas dan kononnya akan terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing tanpa memihak kepada samaada BN mahupun Pakatan Rakyat. Diketuai raja katak terkemuka..Datuk Paduka Ibrahim Ali, kesemua katak tersebut iaitu Datuk Zahrain , Zulkifli Noordin , Tan Tee Beng dan Datuk Mohsin berikrar akan menentang segala penyelewengan samaada dari BN mahupun Pakatan Rakyat. Malangnya mereka - mereka ini gagal menilai diri sendiri dan lupa kejayaan mereka menjadi ahli Parlimen adalah kerana parti mereka dahulu dan hasil pengorbanan ahli-ahli Pakatan Rakyat.
Bayangkan..apa sangat yang ada pada Mohsin , Tan Tee Beng , Zahrain dan Zulkifli sehinggakan rakyat terpikat memilih mereka kalau tidak kerana rakyat sebenarnya menginginkan parti alternatif selain BN untuk memimpin mereka. Apa sangat yang dapat diberikan oleh mereka-mereka ini kepada rakyat kawasan mereka jika terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen bebas tanpa parti. Menggunung tinggi sangatkah jasa-jasa mereka kepada rakyat ditempat mereka hinggakan sanggup dipilih sebagai wakil rakyat ?
Kelibat wakil rakyat bebas ini nanti dipersidangan Parlimen hanya mencerminkan pengkhianatan mereka kepada rakyat. Yang lebih menyakitkan hati adalah keperihan yang dipikul sebahagian besar pekerja parti sebelum ini yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam. Pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan keluarga mereka demi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kawasan masing-masing tidak langsung dihargai pengkhianat-pengkhianat ini. Justeru itu adalah adil jika dikatakan kesemua katak-katak seharusnya meletak jawatan agar rakyat dapat memberi hak ini kepada calon lain yang lebih berkelayakan untuk mewakili mereka di dewan Parlimen.
Kepada kesemua katak - katak yang selama ini telah mengkhianati perjuangan menentang kemungkaran BN, sedarlah akan tanggungjawab kamu kepada rakyat yang memilih kamu dahulu. Jika masaalah peribadi yang mendorong kamu keluar parti, seelok-eloknya berhentilah menjadi wakil rakyat kerana besar kemungkinan kamu telah akan diperalatkan dan tidak mustahil akan menjadi barua-barua BN sedikit masa lagi. Malah tindakan kamu sejak akhir-akhir ini melambangkan kecenderungan kamu kepada menjadi barua = barua BN. Akhir kalam, bukalah minda kamu untuk menerima saranan sebahagian besar rakyat yang mahukan kamu berundur secara 'gentlemen'.

Wednesday, March 10, 2010
YB Zul Nak Apa Sebenarnya ?
Pilihanraya 2008 menyaksikan buat pertama kalinya seorang ahli Parlimen dari Kulim Bandar Baru bergerak ke Parlimen Malaysia dengan menunggang motorsikal. Kesederhanaan yang ditunjukkan memikat hati hampir seluruh pendokong Pakatan Rakyat sebelum ini. Kenangan mendengar pidato beliau yang bersemangat menyentuh kepincangan dan ketidakadilan pemerintah yang sekular BN mendapat perhatian rakyat.
YB Zulkifli Noordin dibawah naungan PKR bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat hampir 2 tahun menentang Umno/BN sehinggalah isu kontroversi penggunaan 'Kalimah Allah'. Pegangan beliau yang tidak seiring dengan pandangan ulamak tersohor Dr Yusuf Qardawi serta pegangan PKR dan PAS yang berlandaskan Al Quran dan Hadis mencetus pergeseran yang meruncing antara beliau dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Malah beliau secara terang-terangan senada dengan pimpinan Umno.
Dan akhirnya beliau dipecat dari PKR krana melanggar undang-undang parti serta mengkritik secara terbuka keseluruhan pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat. Kelantangan mengkritik tanpa melalui saluran yang dibenarkan seterusnya menjadi duri dalam daging kepada kestabilan Pakatan Rakyat. Secara amnya, YB Zul bertindak seperti agen Umno/BN bergerak mencemar keperibadian saf kepimpinan Pakatan Rakyat tanpa ciri-ciri jemaah yang sepatutnya didokongi beliau.
Apa sebenarnya yang dicari YB Zul ? Sudahlah ditendang keluar dari PKR, malah keluarnya beliau dari PKR diikuti dengan kritikan-kritikan beliau keatas kepimpinan PKR malah berkait pula dengan pimpinan-pimpinan PAS. Kesombongan beliau terserlah apabila mendabik dada akan bergerak secara bebas sambil menempelak dahulunya rakan-rakan beliau dalam PKR dengan menggelar mereka pencacai-pencacai DAP ataupun 'firaun kecil' dan terbaru menggelar beberapa pimpinan PAS dengan panggilan 'badut hingusan'.
Apa yang beliau lupa adalah kemenangan beliau sebenarnya dibantu parti PKR dan PAS yang bertungkus lumus bekerja berkorban masa , tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kemenangan beliau di Kulim Bandar Baru. Pengkhianatan beliau kepada penyokong - penyokong Pakatan Rakyat tidak harus dilupakan begitu sahaja.
YB Zul kini menjadi wakil rakyat bebas yang dibenci rakyat seangkatan dengan beberapa pimpinan PKR sebelum ini seperti YB Zahrain , YB Osman Jailu dan Fairus , mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Dan sekonyong-konyong pula Umno yang kemaruk 2/3 kerusi Parlimen sanggup menerima YB Zul menganggotai Umno. Mungkin ini yang dinanti-nanti beliau .. karpet merah untuk menjadi ahli Umno.....
Monday, March 8, 2010
Tolak Perpaduan Dengan Umno Untuk Sampaikan Islam - TGNA
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam bahkan perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam.
Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.
Berikut ialah perutusan penuh beliau
Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:
1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.
2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.
3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.
4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.
5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.
Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.
Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.
Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.
Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]
Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.
'Mutte Elek' ( Tamil )
Cis..Sungguh tak sangka gerombolan penghunus keris selama ini sememangnya 'Mutte Elek' ( Tak Dak TxxxR ) kerana hanya jaguh dari jauh tapi tak sanggup berhadapan dengan Pemuda Pakatan berdebat mengenai berapa jauhnya Melayu Pulau Pinang terpinggir semenjak diperintah Pakatan Rakyat.
Kelibat Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang sepatutnya berdebat dengan gahnya dengan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diwakili oleh Ustaz Husni Mat Piah dari PAS, YB Rayar dari DAP dan PKR diwakili oleh Saudara Hazri Abu Bakar langsung tidak kelihatan. Mungkin sibuk mengumpul data - data yang tak ujud ataupun memang dasar penakut untuk berhadapan realiti yang sebenarnya.
Puak- puak Umno ini sememangnya hanya gah bermain diluar gelanggang sahaja kerana selama ini media arus perdana sentiasa memihak kepada mereka dengan memainkan sentimen-sentimen yang tak berasas. Mereka lebih gemar beramain dengan sentimen menghasut rakyat melalui media-media dengan harapan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi sebahagian dari Melayu-Melayu yang termakan tohmahan mereka.
Dan sememangnya Umno bijak dalam melemparkan sentimen - sentimen sensitif melibatkan agama dan bangsa untuk memancing simpati dari rakyat. Sedangkan realiti yang sebenarnya adalah bertentangan dengan tohmahan mereka.
Kepada pejuang - pejuang Umno yang kononnya ingin membela nasib Melayu Pulau Pinang..cerminlah diri sendiri dahulu, 52 tahun memerintah baru sekarang hendak membela bangsa????
Saturday, March 6, 2010
Singa Kelantan....
Apabila Ku Li terus menerus menghentam rakan pemimpin-pemimpin Umnonya kerana isu royalti minyak Kelantan, terdengar desas desus dan desakan beberapa pemimpin Umno agar Ku Li dipecat keluar dari Umno kerana tidak sehaluan dengan prinsip Umno. Telahan mereka untuk menyaksikan Ku Li berdiam diri selepas itu ternyata meleset kerana bagi Ku Li beliau lebih rela dipecat jika menegakkan hak rakyat daripada bermuka-muka kepada pemimpin Umno yang lain.
Langkah Ku Li ini mendapat perkenan pihak Istana Kelantan kerana secara terang-terangan Umno dibawah kepimpinan Najib dan sebelumnya memang telah melakukan kesalahan yang teramat besar menidakkan rakyat Kelantan keatas wang royalti minyak ini. Bagi beliau Kelantan sepatutnya mendapat wang tunai seiring dengan negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Sarawak dan bukannya wang ehsan seperti dicanang Umno merata tempat seluruh Malaysia.
Semangat juang Ku Li demi rakyat akan dikenang rakyat Kelantan kerana langkah beliau menongkah arus dilihat menepati ciri ahli politik iaitu yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Tidak seperti lain-lain pemimpin Umno yang terang-terangan tidak berani bersuara menentang pemimpn tertinggi walaupun sedar akan kesalahan pemimpin tertinggi tersebut. Yang penting bagi mereka hanyalah 'temolok' mereka sendiri.
Pada Umno , kepentingan peribadi lebih diutamakan dari kepentingan dan kebajikan rakyat. Slogan 'Rakyat Didahulukan' cumalah retorik Najib dan konco-konconya demi mengaburi mata seluruh rakyat padahal, pencapaian yang sebenarnya lebih kepada hanya memperkayakan kroni atau juak-juak mereka. Bayangkan ketidakadilan Umno kepada rakyat Kelantan selama ini , dimasa Terengganu , Sabah dan Sarawak yang diperintah BN terus menikmati wang tunai dari Petronas berbilion-bilion, rakyat Kelantan terus ditindas dan cuma digulakan dengan RM 20 Juta sahaja.
Kejantanan Ku Li berbanding dengan 'kepondanan' rakan-rakan Umno beliau, amat jelas dan rakyat seharusnya menilai dengan bijak serta menolak pemberian 'wang ehsan' dari BN secara total. Rakyat Kelantan secara keseluruhannya berhak keatas hasil bumi yang dikaut Petronas selama ini dan oleh kerana itu rakyat Kelantan mestilah berganding bahu menentang kezaliman Umno/BN.
Wednesday, March 3, 2010
Onk..Onk...Onk...Onk...
Semakin hari semakin meriah suasana politik Malaysia sekarang ini lebih-lebih lagi akibat perbuatan beberapa ahli-ahli politik PKR melompat parti baru-baru ini. Dan terbaru, adalah seorang Ahli Parlimen PKR dari Parlimen Bagan Serai yang sebelum ini tidak langsung kedengaran cerita mengenainya. Namun secara tiba-tiba, Mohsin Fadzli Samsuri 65 , bertindak keluar PKR dan menjadi ahli parlimen bebas berkuatkuasa serta merta hari ini.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Mohsin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka. Mohsin yang memenangi kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU 12 yang lalu dengan menewaskan calon Umno dengan majoriti lebih daripada 3000 undi bertindak mengikut langkah 3 lagi bekas ahli PKR iaitu Datuk Zahrain , Tan Tee Beng dan Fairus. Langkah Mohsin itu telah mengurangkan jumlah kerusi Parlimen ahli PKR kepada 27 , manakala DAP kekal dengan 28 dan Pas 23. Pun begitu, Pakatan Rakyat sebelum ini telah pun berikrar untuk terus menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Apakah langkah keluar parti ini akan berterusan sehingga BN mendapat 2/3 majoriti di Parlimen ? Menurut bekas setiausaha PKR , Datuk Salehuddin , sekurang-kurangnya 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti sedikit masa lagi. Jika benar apa yang diperkatakan beliau, Malaysia akan menyaksikan BN kembali menguasai 2/3 majoriti kerusi di Parlimen Malaysia dan seterusnya boleh bertindak sesuka hati mereka dan meuluskan undang-undang dan polisi 'jakun' mereka sesuka hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)