Saturday, March 27, 2010

Pejuang Melayu Sejati...


Gambar diatas mempunyai penuh makna tersendiri dimana dua hulubalang Melayu terkini berikrar mempertahankan hak istimewa orang Melayu hingga titisan darah yang terakhir..Selanjutnya Perkasa memberi amaran kepada seluruh parti politik tanahair untuk tidak bermusuhan dengan Perkasa jika ingin memenangi pilihanraya umum nanti.

Amaran ini dibuat bersempena dengan Mesyuarat Agung kali pertama Perkasa hari ni yang dirasmikan oleh Tun Mahathir. Segak berpakaian tradisional Melayu dan bertanjak laksana hulubalang, Tun bertegas keadaan sekarang ini Melayu semakin ditindas akibat kelemahan parti politik tunjang orang Melayu dan satu-satunya parti politik yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Umno. Selanjutnya Mahathir menyalahkan kepimpinan Pak Lah yang menyebabkan kelemahan Umno begitu ketara hinggakan dihina oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lalu. Bagi Mahathir Umno merupakan satu-satunya parti yang dapat mempertahankan hak-hak orang Melayu, baginya Umno tidak boleh kalah dalam mana-mana pilihanraya kerana taanpa Umno maka hancurlah segala hak - hak orang Melayu.

Perkasa yang diterajui raja katak Malaysia ..Ibrahim Ali begerak atas nama untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu yang pada pendapatnya mulai terhakis akibat desakan bangsa lain. Ibrahim Ali dilihat akan terus memainkan isu-isu yang bersangkutan dengan bangsa selain bertindak menidakkan kesalahan Umno yang selama ini menjadi punca terhakisnya sedikit demi sedikit hak-hak orang Melayu. Bagi Perkasa dan ahli-ahlinya kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan untuk menegakkan agama Islam. Namun rakyat sedar akan kenyataan yang sebenarnya selama ini dan faham sangat parti mana ynag selama ini hipokrit melalak memperjuangkan bangsa dan agama tetapi terus menerus merobek dan menghancurkan hak-hak agama Islam dan bangsa Melayu.

Umno lah yang merupakan parti yang sanggup menggadaikan segala maruah agama dan bangsa selagi mana ianya untuk kepentingan politik mereka. Malah Umno sanggup mempermainkan sentimen perkauman dan keagamaan secara terang-terangan hanya untuk meraih simpati orang-orang Melayu yang semakin terhakis terhadap Umno. Maruah agama bagi Umno tidak menjadi keutamaan dan Umno sanggup meletakkan agama ditahap yang paling rendah selagi mana ianya dapat mencapai cita-cita politik mereka.

Buat Perkasa ..ubahlah matlamat kamu dari untuk memertabatkan bangsa semata kepada meneruskan agenda memertabatkan Islam sebagai matlamat perjuangan yang diredhai Allah. Dan berhentilah memainkan polemik bangsa Melayu dan berhenti menjadi 'kuda tungganngan' Umno kerana rakyat sebenarnya semakin memahami tindak tanduk Ibrahim Ali yang sanggup mengkhianati sahabat dan pengundi-pengundi yang memilih beliau selama ini.

No comments: