Sunday, March 21, 2010
Tu Dia !! Baru Kami Tau !!
Pendedahan ahli Parlimen Machang di sidang Parlimen baru-baru ini perihal tingkah laku pemimpin Umno yang beragama Islam minum arak serta berjudi membongkar cerita disebalik perjuangan sebenar pemimpin-pemimpin Umno ini. Pendedahan di Parlimen ini membuka mata rakyat khasnya Melayu kerana penilaian dapat dibuat keatas keperibadian pemimpin Melayu mereka yang dikatakan pembela rakyat dan agama selama ini. Cerita-cerita ini hanyalah sebahagian daripada mainan hidup pejuang bangsa Melayu ini yang terbukti lebih mementingkan kemewahan hidup daripada memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan mereka.
Bagi Umno, selagi mereka membina masjid ataupun menganjurkan beberapa program keagamaan tindakan ini telah pun mencerminkan perjuangan Islam mereka. Bahkan selagi mana salah seorang daripada mereka menjadi pemimpin tertinggi negara, Umno sudah pun menjalankan syiar Islam di Malaysia ini. Pegangan politik suku agama suku yang menjadi tunjang perjuangan Umno selama ini terus menjadikan mereka sentiasa diselebungi noda - noda serta daki-daki politik kotor.
Bagi mereka yang melihat suntingan pendedahan oleh YB Saifudin semalam di You Tube dapat melihat dengan jelas betapa segelintir pemimpin Umno seakan-akan cuba menegakkan benang basah hinggakan cuba bertekak dengan Saifudin seolah-olah membela diri. Disebalik celahan YB Mahfuz dari Parlimen Pokok Sena, rakyat seharusnya lebih bijak menilai keadaaan yang sebenarnya dan dapat mengagak siapa yang dimaksudkan terlibat oleh YB Saifudin di Parlimen semalam. Pendedahan itu mungkin hanya sekelumit dari apa yang pernah ataupun sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mahupun kroni-kroni Umno selama ini.
Siapa yang menganggotai barisan Pengarah syarikat arak Carlsberg Malaysia? Siapa yang baru-baru ini dilantik menjadi Pengarah syarikat arak diluar negara ? Siapa pula selama ini dalam diam menjadi Pengarah syarikat perjudian Genting Berhad yang dimiliki Vincent Tan ? Semua ini berkait rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bertindak sebagai pencarum dana-dana politik Umno selama ini.
Semua ini tidak mungkin dapat diketahui umum lebih-lebih lagi mereka yang berada dikampung-kampung kerana bentuk media-media yang sampai kepada mereka cumalah media-media yang dkuasai penuh oleh Umno/BN. Dan tidak mungkin rakyat akan menerima berita-berita sebegini kerana Umno/BN tidak mungkin mahu rakyat mengetahuinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment