Saturday, March 6, 2010
Singa Kelantan....
Apabila Ku Li terus menerus menghentam rakan pemimpin-pemimpin Umnonya kerana isu royalti minyak Kelantan, terdengar desas desus dan desakan beberapa pemimpin Umno agar Ku Li dipecat keluar dari Umno kerana tidak sehaluan dengan prinsip Umno. Telahan mereka untuk menyaksikan Ku Li berdiam diri selepas itu ternyata meleset kerana bagi Ku Li beliau lebih rela dipecat jika menegakkan hak rakyat daripada bermuka-muka kepada pemimpin Umno yang lain.
Langkah Ku Li ini mendapat perkenan pihak Istana Kelantan kerana secara terang-terangan Umno dibawah kepimpinan Najib dan sebelumnya memang telah melakukan kesalahan yang teramat besar menidakkan rakyat Kelantan keatas wang royalti minyak ini. Bagi beliau Kelantan sepatutnya mendapat wang tunai seiring dengan negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Sarawak dan bukannya wang ehsan seperti dicanang Umno merata tempat seluruh Malaysia.
Semangat juang Ku Li demi rakyat akan dikenang rakyat Kelantan kerana langkah beliau menongkah arus dilihat menepati ciri ahli politik iaitu yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Tidak seperti lain-lain pemimpin Umno yang terang-terangan tidak berani bersuara menentang pemimpn tertinggi walaupun sedar akan kesalahan pemimpin tertinggi tersebut. Yang penting bagi mereka hanyalah 'temolok' mereka sendiri.
Pada Umno , kepentingan peribadi lebih diutamakan dari kepentingan dan kebajikan rakyat. Slogan 'Rakyat Didahulukan' cumalah retorik Najib dan konco-konconya demi mengaburi mata seluruh rakyat padahal, pencapaian yang sebenarnya lebih kepada hanya memperkayakan kroni atau juak-juak mereka. Bayangkan ketidakadilan Umno kepada rakyat Kelantan selama ini , dimasa Terengganu , Sabah dan Sarawak yang diperintah BN terus menikmati wang tunai dari Petronas berbilion-bilion, rakyat Kelantan terus ditindas dan cuma digulakan dengan RM 20 Juta sahaja.
Kejantanan Ku Li berbanding dengan 'kepondanan' rakan-rakan Umno beliau, amat jelas dan rakyat seharusnya menilai dengan bijak serta menolak pemberian 'wang ehsan' dari BN secara total. Rakyat Kelantan secara keseluruhannya berhak keatas hasil bumi yang dikaut Petronas selama ini dan oleh kerana itu rakyat Kelantan mestilah berganding bahu menentang kezaliman Umno/BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment