Kumpulan 5 anggota ' Parlimen Bebas 'bertekad untuk terus menjadi ahli Parlimen Bebas dan kononnya akan terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing tanpa memihak kepada samaada BN mahupun Pakatan Rakyat. Diketuai raja katak terkemuka..Datuk Paduka Ibrahim Ali, kesemua katak tersebut iaitu Datuk Zahrain , Zulkifli Noordin , Tan Tee Beng dan Datuk Mohsin berikrar akan menentang segala penyelewengan samaada dari BN mahupun Pakatan Rakyat. Malangnya mereka - mereka ini gagal menilai diri sendiri dan lupa kejayaan mereka menjadi ahli Parlimen adalah kerana parti mereka dahulu dan hasil pengorbanan ahli-ahli Pakatan Rakyat.
Bayangkan..apa sangat yang ada pada Mohsin , Tan Tee Beng , Zahrain dan Zulkifli sehinggakan rakyat terpikat memilih mereka kalau tidak kerana rakyat sebenarnya menginginkan parti alternatif selain BN untuk memimpin mereka. Apa sangat yang dapat diberikan oleh mereka-mereka ini kepada rakyat kawasan mereka jika terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen bebas tanpa parti. Menggunung tinggi sangatkah jasa-jasa mereka kepada rakyat ditempat mereka hinggakan sanggup dipilih sebagai wakil rakyat ?
Kelibat wakil rakyat bebas ini nanti dipersidangan Parlimen hanya mencerminkan pengkhianatan mereka kepada rakyat. Yang lebih menyakitkan hati adalah keperihan yang dipikul sebahagian besar pekerja parti sebelum ini yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam. Pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan keluarga mereka demi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kawasan masing-masing tidak langsung dihargai pengkhianat-pengkhianat ini. Justeru itu adalah adil jika dikatakan kesemua katak-katak seharusnya meletak jawatan agar rakyat dapat memberi hak ini kepada calon lain yang lebih berkelayakan untuk mewakili mereka di dewan Parlimen.
Kepada kesemua katak - katak yang selama ini telah mengkhianati perjuangan menentang kemungkaran BN, sedarlah akan tanggungjawab kamu kepada rakyat yang memilih kamu dahulu. Jika masaalah peribadi yang mendorong kamu keluar parti, seelok-eloknya berhentilah menjadi wakil rakyat kerana besar kemungkinan kamu telah akan diperalatkan dan tidak mustahil akan menjadi barua-barua BN sedikit masa lagi. Malah tindakan kamu sejak akhir-akhir ini melambangkan kecenderungan kamu kepada menjadi barua = barua BN. Akhir kalam, bukalah minda kamu untuk menerima saranan sebahagian besar rakyat yang mahukan kamu berundur secara 'gentlemen'.
No comments:
Post a Comment