Friday, March 19, 2010

Apa Kesudahannya .. Bagi Zahrain?

Sidang Parlimen kali ini menyaksikan bekas ahli Parlimen PKR, Datuk Zahrain menggunakan platform Parlimen untuk memburuk-burukkan Pakatan Pembangkang lagaknya umpama askar upahan Umno/BN. Perubahan yang begitu menonjol yang ditunjukkan oleh Datuk Zahrain sebaliknya dilihat akan menjadi bahan ketawa pendokong - pendokong Pakatan Pembangkang kerana sebelum ini Datuk Zahrain begitu menyanjung pemimpin - pemimpin Pakatan terutamanya Datuk Seri Anwar.

Gelagat Dauk Zahrain yang lebih kuah dari sudu ini jelas menggambarkan akhlak beliau selama ini yang tidak pernah ikhlas dengan perjuangan dan seolah-olah obses dengan kemampuan sendiri walhal kejayaan beliau sehingga berjaya menjadi ahli Parlimen sebenarnya lebih banyak diusahakan oleh ahli-ahli parti dibawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika ingin mengambil kira keperibadian beliau, tidak mungkin beliau terpilih menjadi ahli Parlimen Bayan Baru.

Datuk Zahrain yang selama ini begitu menyanjungi keperibadian Datuk Seri Anwar, sekarang ini boleh berubah sekelip mata gara-gara disingkir dari menerajui PKR Pulau Pinang. Pemimpin sebegini sebenarnya tidak langsung layak untuk memimpin rakyat diatas kapasiti sebagai ahli Par,imen, malah seharusnya beliau meletak jawatan bagi memberi hak pengundian semula kepada seluruh warga Bayan Baru bagi memilih seorang pemimpin yang benar-benar layak.

Malah pembongkaran beliau mengenai pembabitan beberapa ahli - ahli Parlimen BN untuk melompat parti pada 16 September 2008 lalu akan lebih memberi impak yang buruk kepada beliau sendiri. Beberapa ahli Parlimen yang dikatakan terlibat tersebut semuanya menyatakan Datuk Zahrain berbohong dan menafikan sekeras-kerasnya pembabitan mereka.


Bung Mokhtar Radin

Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.
Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan, kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.


Ghapur Salleh

Beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.
Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas, katanya.
Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang. “Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti,” katanya.


Tengku Razaleigh Hamzah

“Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.
Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.


Dr Chua Soon Bui

Beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.
Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.
Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain, katanya.

Akibat dari tindakan 'bodoh' beliau sendiri Datuk Zahrain kan terus dikecam oleh Pakatan Rakyat dan seterusnya oleh BN sendiri kerana bagi mereka Datuk Zahrain tidak lebih daripada hanyalah 'melukut ditepi gantang' dan tidak akan memberi apa-apa impak kepada senario politik negara disebabkan keperibadian beliau yang buruk hasil perbuatan beliau sendiri. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat akan menambahkan lagi kebencian penyokong - penyokong Pakatan Rakyat dan tidak mustahil beliau akan terus didesak supaya meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Bayan Baru.

No comments: