Saturday, April 3, 2010

Hulu Selangor..Pertembungan Dua Gergasi

Seperti kebiasaanya, kali ini Hulu Selangor akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia setelah SPR mengumumkan tarikh PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010 nanti. Siapakah calon untuk BN mahupun PKR nanti akan ditentukan sedikit masa lagi dan percaturan kali ini dilihat begitu simbolik dan sengit antara Pakatan Rakyat dan BN. Kemenangan bagi sesiapa pun tidak mungkin akan mengubah senario pemerintahan negara buat masa ini. Namun, bagi BN mahupun Pakatan Rakyat , Hulu Selangor merupakan medan pertembungan yang kritikal untuk menilai tahap penerimaan rakyat terhadap kedua-dua kuasa besar politik negara.

Buat masa ini , Najib berbangga dengan langkah-langkah beliau menjenamakan pemerintahan beliau yang menurut pemerhati politik sedikit sebanyak telah menaikkan dan menjulang nama beliau dipersada politik tanahair walaupun sebenarnya lebih retorik daripada keadaan yang sebenarnya. Yang pastinya, Najib dan BN sedikit sebanyak telah berjaya menukar haluan atau lebih tepat memesongkan tumpuan masyarakat daripada kes-kes berprofil tinggi seperti kematian 'Teoh Beng Hock' dan 'Pembunuhan Altantuya'malah rampasan kuasa di Perak juga sedikit sebnyak dapat dimanipulasikan oleh Najib dan BN.

Kemelut politik Najib sebenarnya parah jika beliau tidak bertindak memadamkan api kemarahan rakyat dengan memesongkan pandangan rakyat kepada cerita-cerita kebaikkan yang dicanang beliau semaksima mungkin seperti 1Malaysia dan kenaikkan gaji Polis. Malah setiap pelusuk daerah yang dilawati beliau digembar-gemburkan oleh media-media dengan meluas dan sedikit sebanyak dapat memulihkan calar yang terpalit semasa pertama kali memegang tampuk pemerintahan negara.

Senario katak-katak politik yang berpaling tadah juga mungkin telah berjaya mempengaruhi pandangan sebahagian pengundi atas pagar untuk kembali menyokong Najib. Namun disebalik kemeriahan yang dicanang Najib dan BN , masih ada sebahagian lagi rakyat berpendapat Najib sebenarnya bermimpi disiang hari andaikata berpendapat beliau telah berjaya mengembalikan sokongan rakyat kepada beliau. Kemungkinan sokongan kembali kepada Najib sebagai Perdana Menteri namun untuk digunapakai untuk memberi impak kepada pilihanraya kecil adlah tidak tepat. Senario pilihanraya kecil adalah berbeza kerana lebih tertumpu kepada isu-isu tempatan.

Namun yang pastinya seperti biasa BN sudah pun mengorak langkah mereka mengeksploitasi pelbagai agensi kerajaan untuk diguna semaksima boleh oleh jentera BN menjelang pilihanraya kecil Huklu Selangor nanti. Dan tidak mustahil jika penduduk - penduduk Hulu Selangor akan menerima kunjungan setiap hari dari segenap pemimpin-pemimpin BN yang 'berjiwa rakyat' setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Tidak mustahil kita dapat melihat keperihatinan pemimpin-pemimpin ini bergelumang dengan peluh dan keringat penduduk tempatan bagi menyatakan simpati mereka terhadap penduduk-penduduk tersebut.

Hulu Selangor pastinya menjanjikan perhitungan yang sengit dinilai daripada senario dan keadaan politik semasa. Kemelut kepimpinan parti gabungan BN seperti MCA , MIC mahupun PPP yang belum berkesudahan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pertimbangan pengundi-pengundi Hulu Selangor. Kesekepakatan Pakatan Rakyat juga akan dinilai sepenuhnya oleh rakyat kerana bagi mereka tempoh 2 tahun Hulu Selangor dibawah PKR dan negeri Selangor khasnya sudah boleh diguna pakai oelh pengundi-pengundi Hulu Selangor. Pun begitu pengundi-pengundi di Hulu Selangor diharap dapat menilai dengan adil dan saksama demi kepentingan politik Malaysia dan kesinambungan keadalan dapat diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

No comments: