Sunday, April 4, 2010

Katak - Katak Dah Mula Dah....


Gambar Hiasan


Semalam Raja Katak dan konconya berikrar akan melondeh segala keburukan PKR pada pilihanraya kecil Hulu Selangor nanti. Ibrahim Ali dan Mohd Fairus berjanji untuk menelanjangkan segala kelemahan dan keburukan Pakatan Rakyat kepada seluruh pengundi Hulu Selangor. Beginilah sifat dua ekor katak yang sebelum ini dibantu oleh seluruh jentera parti Pakatan Rakyat untuk memenangkan mereka dikawasan masing-masing. Telahan mereka rakyat Hulu Selangor akan termakan segala pembohongan mereka selama ini dan berpeluang untuk memangkah calon BN nanti.

Raja Katak Ibrahim Ali terus-terusan berpendapat beliau adalah juara Melayu dan tidak mustahil akan terus memainkan sentimen bangsa Melayu semasa berkempen kelak. Sentimen mengatakan Pakatan Rakyat akan menggadaikan maruah Bangsa Melayu jika berjaya memerintah Malaysia akan menjadi lagu yang akan didendangkan beliau nanti. Mohd Fairus pula akan cuba menjadikan pelbagai isu rekaan untuk memancing undi bagi pihak BN. Walhal, diri sendiri juga yang terpalit dengan najis yang direka nanti. Semua orang sedar siapa Mohd Fairus sebenarnya, belang beliau bertopengkan kuasa yang ada padanya dulu tidak mungkin dilupakan rakyat sewenang-wenangnya. Setelah SPRM melucutkan kes pecah amanah beliau , sekonyong-konyong beliau mengisytiharkan diri keluar PKR dan masuk Umno.

Siapa tak kenal dengan pembohongan yang dilakukan Fairus sebelum ini? Siapa di Pulau Pinang yang tak kenal Fairus , kaki kelentong dan tidak beramanah ? Jadi ugutan beliau untuk melondeh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor mungkin akan memakan tuan dan segala keburukan beliau sebelum ini akan terbongkar. Mungkin alasan beliau untuk menjadi pencacai Umno/BN di Hulu Selangor berakhir dengan maruah beliau sendiri yang menjadi percaturan.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor mungkin akan menyaksikan kelibat beberapa orang katak bersekongkol dengan Umno untuk memenangkan calon MIC. Kelibat Zahrain , Mohsin , Fairus , Ibrahim dan Tan Tee Beng mungkin menjadi taruhan Umno/BN untuk cuba meraih simpati dan mengalih pandangan rakyat dari keburukan yang cuba Umno/BN lakukan. Dan mungkin juga buat pertama kalinya Ezam tidak akan digunakan lagi kerana populariti beliau semakin merosot selepas beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini mengundang kekalahan Umno/BN.

Rakyat Hulu Selangor sebenarnya lebih mementingkan kewibawaan calon yang dipilih oleh parti-parti yang bertanding. Rakyat sekarang ini lebih bijak untuk menilai calon mana yang layak untuk menjadi wakil mereka di Parlimen kelak. Kemenangan Pakatan mahupn BN di Hulu Selangor tidak akan memberi impak yang signifikan kepada pemerintahan di Malaysia, namun, Hulu Selangor seharusnya menjadi medah pertaruhan yang jitu antara Pakatan Rakyat dan BN.

No comments: