Sunday, April 4, 2010
Rasuah Pilihanraya
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh
Umno/BN sekali lagi menunjukkan betapa kecilnya maruah setiap pengundi di Malaysia ini dengan sogokan pilihanraya yang sudah dimulakan di Hulu Selangor mutakhir ini. TPM mengumumkan 4 sekolah baru dan juga projek tebatan banjir dan PM pula mengumumkan projek perumahan Felda yang bernilai RM 32 Juta juga di Hulu Selangor. Malah untuk meraih sokongan pengundi Cina, sebuah sekolah bantuan kerajaan aliran Cina akan dibina di Hulu Selangor. Semua ini dijanjikan Umno/BN menjelang piliharaya kecil Hulu Selangor.
SPR mahupun Polis seharusnya menghalang sebarang bentuk kempen pilihanraya selagi proses penamaan calon belum selesai kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip peraturan pilihanraya.
Dalam pada itu badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.
"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya.
“Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Mafrel, pihak kerajaan mungkin mendakwa apa yang dilakukan mereka itu dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsurkan kempen.
Dan sekali lagi Umno/BN membuktikan kebenaran hakiki bahawa mereka sebenarnya tidak adil dalam memerintah Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment