Tuesday, April 13, 2010
Menyesal.....
Gambar diatas mungkin bukan di Malaysia, mungkin berlaku di Indonesia ataupun mungkin juga senario di Bangladesh , namun tidak mustahil jika keadaan sedemikian terjadi kepada anak cucu kita kemudian nanti . Tidaklah mustahil jika senario sedemikian menjadi satu daripada senario harian anak cucu kita nanti. Tidak mustahil juga jika sebahagian besar Melayu Islam merempat di tanahair sendiri.
Mahukah kita melihat senario sedemikian menjadi kenyataan kemudian hari hasil daripada kerakusan pemerintahan yang sekular dan penuh dengan rasuah. Inginkan kita melihat anak cucu kita menjadi sebahagian dari golongan yang merempat kesana kemari hasil dari ketidaktentuan matlamat hidup..juga hasil dari pembentukan siasah yang sekular oleh pemerintahan sekarang.
Mahukah kita mendengar rintihan lebih-lebih lagi cemuhan dari golongan generasi akan datang kepada kita kerana kegagalan kita memperbetulkan kesilapan nenek moyang kita selama 52 tahun yang lalu. Pemerintahan yang penuh dengan rasuah , pemerintahan yang jelas mengenepikan hukum Islam , pemerintahan yang menganggap 'Politik Suku Agama Suku' , pemerintahan yang lebih kepada memperkayakan temolok masing-masing, pemerintahan yang jelas menuju kepada kehidupaan sosial yang melampau ? Perlukah kita merintih sedih kemudian hari nanti dan menyesal semahu-mahunya kerana kegagalan kita sendiri merubah nasib kita sendiri ?
52 tahun merupakan satu jangkamasa yang cukup lama dan menjadi igauan buruk rakyat yang hari demi hari disajikan dengan kegagalan pemerintah melaksanakan amanah rakyat. Hari demi hari kita melihat kelibat pemimpin yang tanpa segan silu meratah kekayaan negara untuk diri dan keluarga mereka. Penyelewengan kuasa , penyelewengan dana , malah penyelewengan perundangan menjadi mainan hari demi hari.
Malah tidak menjadi satu yang pelik apabila kita mendengar perihal kekayaan negara dibazirkan begitu sahaja dengan segala bentuk perbelanjaan yang luar biasa. Dan yang lebih menyedihkan, semua ini hanya dapat kita lihat dan dengar tanpa dapat berbuat apa-apa oleh kerana kuasa dan perundangan berada ditangan mereka.
Untuk kita membuat perubahan amatlah mudah jika seluruh rakyat mengambil kira kepentingan Islam dalam pemerintahan. Amatlah mudah jika barisan kepimpinan mengamal Islam dalam kehidupan harian mereka. Bertuahlah bumi Malaysia jika barisan kepimpinan berakhlak mulia dan beramanah dan menjadikan cara hidup Islam sebagai panduan.
Fikirlah...Masih belum terlambat untuk kita merubah senario politik sekarang demi masa depan generasi akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment