Seluruh rakyat Malaysia sudah maklum siapa yang menang pilihanraya kecil Hulu Selangor. Kemenangan calon BN Kamalanthan bukannya percuma setelah hampir RM 64 Juta ditaburkan sepanjang 8 hari berkempen oleh BN. Rasuah pilihanraya berleluasa hinggakan setiap hari tempoh berkempen , kita dikejutkan dengan janji-janji yang ditabur pemimpin - pemimpin BN untuk memenangi hati orang-orang Melayu khususnya di Hulu Selangor.
Mafrel , badan bebas pemantau pilihanraya selama ini juga telah membuat beberapa aduan kepada SPR mengenai hal ini, namun , mereka pula yang dituduh menjadi dalang pembangkang. Keadaan yang semakin hari semakin kotor ini akan terus menjadi barah kepada setiap kali pilihanraya kecil diadakan kerana BN bebas berbuat apa saja mengikut kehendak mereka. Badan - badan berkuasa yang sepatutnya bebas kini semakin berani menjadi dalang kepada BN dan sebagai pelindung kepada BN untuk mereka bertindak serakus-rakusnya.
Kemana arah tuju pengundi Hulu Selangor ? Adakah pengundi Hulu Selangor termakan janji-janji manis BN bersama RM 64 juta ? Ataupun adakah kerana PKR sendiri yang salah mengatur strategi ? Malah ada juga pendapat yang mengatakan pengundi mahukan pembangunan dahulu sebelum bertindak menukar pemimpin kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13nanti setelah semua janji-janji BN dikotakan.
Kalau mengikut 'trend ' yang ada sekarang, setiap kali pilihanraya kecil berlaku, pemimpin - pemimpin BN akan berbondong-bondong memuntahkan janji-janji manis memperbetulkan segala keadaan dikawasan tersebut dengan nilai mencecah berjuta-juta ringgit. Lagak seakan duit 'bapak mereka', pemimpin-pemimpin ini akan berduyun-dutun berlumba-lumba berjanji pelbagai bentuk pembangunan untuk meraih undi dikawasan tersebut. Umum mengetahui akan strategi BN selama ini dan semakin lama semakin jelak akan tingkah laku pemimpin BN yang menggunakan dana awam duit rakyat sewenang-wenangnya, seakan-akan rakyat dikawasan lain tidak memerlukan pembangunan.
Oleh kerana perangai pemimpin BN kini semakin menjadi-jadi, rakyat menjadi begitu tertekan dan merasa diri mereka sebenarnya menjadi mainan politik pemimpin BN. Rakyat hanya akan dapat menikmati kemudahan yang mereka impikan jika hanya bila berlaku pilihanraya kecil. Isu tanah yang berbelas-belas tahun dapat diselesaikan oleh BN bebrapa hari sahaja dek kerana pilihanraya kecil. Jadi tidak salah jika pengundi-pengundi mendoakan kematian wakil rakyat mereka jika inginkan sesuatu permasaalahan mereka diselesikan secepat mungkin oleh parti pemerintah.
No comments:
Post a Comment