Monday, April 19, 2010
Pemimpin dan Arak....
Gambar Hiasan
Hulu Selangor bakal melakar sejarah tersendiri dimana seorang calon pemimpin Islam ditolak pengundi akibat daripada salahlaku beliau sebelum ini yang melanggari ajaran Islam secara terang-terangan kerana pernah meminum arak. Zaid Ibrahim dan PKR mungkin akan kehilangan kerusi parlimen P094 Hulu Selangor bukan kepada calon Umno/BN tetapi kepada seorang calon bebas Johan Mohd Diah kerana hanya beliau yang bebas daripada penggunaan arak sebelum ini.
Keputusan yang dijangka berpihak kepada calon bebas Johan Mohd Diah ini adalah berdasarkan sejarah silam pesaing-pesaing beliau yang lain yang terang-terangan pernah dan ada yang masih lagi mengamalkan budaya minum arak. Walupun Zaid Ibrahim secara terbuka tidak menafikan perihal salah laku beliau sebelum ini dan sudah pun bertaubat, namun serangan keatas tindakan beliau minum arak terus dimainkan BN untuk meraih undi orang-orang Islam Hulu Selangor. Atas alasan itu jugalah diharap pengundi Hulu Selangor sepatutnya akan menolak calon Umno/BN iaitu P. Kamalanathan dan juga calon bebas VS Chandran yang kedua-duanya juga merupakan pengamal minuman keras dan berkemungkinan masih lagi meminum arak setiap hari.
Serangan keatas Zaid Ibrahim dan arak ini berterusan tanpa Umno/BN menyedari akan keaiban mereka sendiri kerana kepimpinan mereka juga terang-terangan pernah dan ada yang terus bersekongkol meminum arak hingga kehari ini. Nama-nama besar seperti KJ dan Hisham pernah menggemparkan dunia bloggers berserta gambar mereka ketika meminum arak. Dan ada juga kepimpinan Umno / BN memiliki saham syarikat-syarikat arak dan perjudian di Malaysia hingga kehari ini.
Justeru itu , perkembangan ini amatlah menarik kerana mencerminkan keperihatinan dan rakyat semakin sedar akan kepentingan memilih pemimpin yang benar-benar bersih sebagai wakil rakyat. Pun begitu atas alasan bahawa beliau sudah bertaubat harus juga diambil kira oleh rakyat. Dan jika benar sentimen ini berjaya mempengaruhi ruang lingkup minda pengundi-pengundi Islam, senario ini diharap akan berjaya merubah persepsi rakyat dikawasan yang lain agar lebih mementingkan moral dan akhlak seseorang pemimpin dan bertindak menolak kepimpinan Umno / BN di kawasan masing-masing atas alasan yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment