Wednesday, May 4, 2011

HAMAS DAN FATAH BERSATU.....

Akhirnya Hamas dan Fatah bersatu di Kairo dengan termeterainya perjanjian damai antara kedua-dua parti politik terbesar Palestin yang berpecah hampir 4 tahun yang lalu. Hari ini, sejarah menyaksikan penyatuan ini demi maruah bukan sahaja penduduk Palestin malah untuk seluruh umat Islam seluruh dunia. Bermula dengan terkuburnya pemerintahan Hosni Mubarak di Mesir, pemerintahan baru Mesir bergerak sebagai broker menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua parti politik ini demi kesejahteraan peduduk Palestin yang akan membuka jalan untuk penubuhan Negara Palestin yang berdaulat.

Mesej cukup jelas telah dihantar kepada seluruh pemimpin dunia dengan termeterainya perjanjian damai ini antara Hamas dan Fatah kerana selama ini kedua-dua parti politik dan gerakan ini telah dimanipulasikan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Hamas dan Fatah berpegah teguh untuk menjadikan perjanjian damai ini sebagai batu loncatan kepada kedamaian yang akan mengembalikan kegemilangan Negara Palestin yang berdaulat kelak. Namun , Israel dan Amerika menjadi penghalang kepada pembentukan negara Palestin dari mula lagi telah menunjukkan penentangan yang jelas atas perjanjian damai ini.

Kesungguhan kedua-dua pihak untuk memastikan langkah pertama kearah negara Palestin yang berdaulat haruslah diambil berat oleh seluruh umat Islam didunia dan diberi penuh kepercayaan serta sokongan dan menunujukkan solidariti yang jitu. Setelah sekian lama Israel bermaharajalela dibumi Palestin dan diambil kesempatan oleh mereka kerana perpecahan antara Fatah dan Hamas, kini, Israel melihat satu perkembangan yang cukup membimbangkan mereka kerana penyatuan ini dapat memberikan satu pengharapan kepada penduduk Palestin untuk terus berjuang demi negara yang berdaulat.

Mesir pasca era Hosni Mubarak dilihat menjadi pemangkin kepada pendamaian ini mengorak langkah sebagai orang tengah untuk merealisasikan perjanjian damai ini. Kebangkitan rakyat Mesir untuk menolak pemerintahan diktator kuku besi Hosni Mubarak serta pembukaan semula sempada Gaza oleh pemerintah baru Mesir merupakan satu perubahan yang cukup signifikan kepada suasana politik sekitar Semenanjung Gaza. Kebangkitan rakyat mempunyai satu kuasa yang dapat memberi kesan yang mendalam dimana sahaja dan seharusnya menjadi senjata yang cukup ampuh oleh rakyat untuk menentukan siapa yang berhak menjadi pemimpian serta siapa yang berhak menerajui sesebuah negara.

Lantaran itu, rakyat haruslah bijak menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat perubahan 4-5 tahun sekali.......

No comments: