Dalam dok sibuk menilai samada video seks yang menjadi buah mulut seluruh rakyat la ni, sekali lagi kita dikenakan oleh kerajaan BN pimpinan Najib dengan kenaikan harga minyak Ron 97 sebanyak RM0.20 untuk kali ke..entah berapa kali dah tahun ni pun tak tau...Kenaikan yang paling parah dalam sejarah minyak negara kita ini dikejutkan semalam oleh Najib atas alasan minyak kita masih lagi murah dan kerana masih lagi murah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk 'memahalkannya'.
Petrol di Malaysia ini masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara-negara yang tidak mengeluarkan minyak seperti Singapura dan Thailand. Jadi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan BN untuk memastikan rakyat didahulukan dengan harga minyak yang setanding mahalnya dengan negara-negara tersebut kerana ini membolehkan kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara-negara tersebut. Tambahan pula, rakyat Malaysia juga berpendapatan tinggi dan berdaya saing serta setanding dengan rakyat-rakyat Singapura mahupun Thailand.
Isu rakyat Malaysia menanggung inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak ini nanti tidaklah menjadi soal yang penting kerana jika rakyat negara-negara yang dinyatakan tadi dapat menanggungnya, kenapa rakyat Malaysia berdolak dalih dan tidak sanggup untuk membantu kerajaan memperkayakan kroni-kroni IPP (Independent Power Provider) mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bertanya kepada diri kita ' Apakah yang kita dapat sumbang kepada negara kita bukannya bertanya apa yang dapat negara kita sumbangkan kepada kita'?
Persoalan berkenaan kenaikan harga minyak seharusnya menjadi isu yang remeh dan tidak seharusnya menjadi beban kepada rakyat , malah ,jika rakyat berjimat cermat dan terus menyumbang kepada kemajuan ekonomi, negara dapat mengimbangi subsidi tertentu dan berjimat serta dapat membantu menyelamat mana-mana syarikat yang mengalami kerugian hasil kerja tangan kroni-kroni Umno dan BN.
Langkah ini seterusnya dapat memberi keyakinan yang positif kepada pelabur-pelabur asing untuk terus melabur dinegara kita ini. Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus membantu kepimpinan negara menaikkan harga minyak ketahap yang lebih membebankan agar segala pengorbanan ini dihargai kepimpinan. Dan kalau boleh , seluruh rakyat bertukarlah kepada minyak Ron 97 agar kerajaan dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda jika kita memilih untuk menggunakan minyak jenis Ron 97 ini.
Akhir sekali..."PADAN MUKA KITA SEMUA"
No comments:
Post a Comment