Mungkin kenyataan Mufti Perlis telah diputar belitkan oleh Utusan Malaysia sekali lagi berkenaan dengan isu perpaduan antara Pas dan Umno. Utusan melaporkan kenytaan Dr Juanda agar Pas bersikap lebih terbuka dengan menerima pelawaan Umno untuk duduk semeja berbincang demi perpaduan bangsa dan agama. Mangambil iktibar beberapa kenyataan sebelum ini yang telah diputarbelitkan utusan, kenyataan membandingkan kesanggupan Pas menerima Dap dan Pkr tetapi menolak Umno cukup memberi gambaran agenda politik jahat dipergunakan untuk memancing undi Melayu.
Kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja akan hakikat bahawa gaya penulisan dan suntingan berita oleh utusan selama ini lebih menjurus kepada mencari dan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat. Utusan selama ini juga telah membuktikan kepada kita siapa dalang sebenarnya dibelakang setiap berita yang disiarkan lebih-lebih lagi jika ianya bersangkutan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kenyataan Dr Juanda juga dilihat seakan tidak lengkap kerana gagal memberi penerangan dan komen sepenuhnya berkenaan hubungan antara Umno dan Mca kerana Mca secara terang-terangan melalui Presidennya Soi Lek menolak pergabungan Pas-Umno selagi Pas tidak membuang agenda penubuhan negara Islam.
Berbeza dengan Dap dan Pkr , kedua-dua parti itu lebih memahami perlembagaan Pas dan tidak memaksa Pas untuk membuang mahupun mengubah perlembagaan parti Pas berkenaan Islam. Jadi untuk menuduh Pas bongkak dan 'pengkhianat' kerana menentang pergabungan ini adalah tidak adil memandangkan Umno sendiri yang lebih besikap 'opportunist' setelah menyedari akan kelemahan mereka sekarang ini menjurus kepada penolakkan rakyat.
Pas sejak dari dulu lagi juga telah membuat beberapa kenyataan yang cukup jelas berkenaan dengan penyatuan Pas-Umno ini. Pas - Umno hanya dapat bersatu jika Umno menukar perlembagaan mereka dan menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan politik mereka. Mesej yang jelas ini amat mudah difahami dan amat mudah diterima akal jika Umno benar-benar ikhlas untuk menerima Pas dan benar-benar ikhlas untuk melihat penyatuan ini berhasil bukannya bermain kata-kata dan cuba meletakkan segala permasaalahan ini keatas Pas semata-mata.
Tambahan pula Umno melalui media-media ini seperti Utusan Malaysia yang jelas sebenarnya cuba menggunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka sahaja dan bukannya inginkan penyatuan yang sebenar. Dengan menggunakan isu ini dan juga menggunakan tokoh-tokoh samada agama dan bangsa, Utusan akan terus bermain kata-kata cuba menaikkan semangat dan perasaan orang-orang Melayu untuk membenci Pas kerana mereka akan cuba sedaya upaya mereka menunjukkan Pas sebagai penghalang kepada penyatuan Pas - Umno selama ini.
Mutakhir ini menjelang pemilihan kepimpinan tertinggi Pas, media-media Umno kembali aktif menghentam kepimpinan Pas melalui laporan-laporan palsu mereka seakan-akan cuba untuk membentuk dan membuka minda rakyat agar menolak kepimpinan yang terang-terangan menentang penyatuan Pas-Umno. Media-media ini juga cuba membangkitkan seakan ada pula kepimpinan yang menyokong penyatuan ini dengan harapan akan ada pergeseran antara kepimpinan untuk melemahkan jentera parti Pas keseluruhannya. Diharap, seluruh perwakilan Pas ke muktamar bulan Jun nanti tidak termakan dengan mainan politik busuk Umno melalui media pencacai mereka ini.....
No comments:
Post a Comment