Selepas pencalonan ditutup, enam orang layak bertanding jawatan timbalan presiden PAS manakala 14 lagi layak bertanding untuk tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu bulan depan.
Mereka yang layak bertanding timbalan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa (exco kerajaan Kelantan), Mohamad Sabu (bekas naib presiden), Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan dua naib presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Manakala 14 yang layak bertanding naib presiden termasuklah tiga penyandangnya - Salahudin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar. Yang lainnya termasuklah ketua penerangan Idris Ahmad, AJK pusat Mazlan Aliman, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Amar Abdullah dan bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan Mujahid Yusof Rawa.
Husam, Mohamad Sabu, Azizan dan Nasharudin turut menerima pencalonan yang mencukupi untuk layak bertanding naib presiden. Dua lagi ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Nik Zawawi Nik Salleh dari Dewan Ulama.
Manakala 82 orang lagi layak untuk bertanding mengisi 18 kerusi jawatankuasa PAS pusat (AJK).
Manakala enam orang lagi akan dilantik oleh jawatankuasa baru, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 24 orang.
Diharap setiap perwakilan kelak menjalankan amanah ini dengan penuh telus dan berhemah. Pilihah calon yang benar-benar sesuai untuk menerajui Pas kearah satu lagi tapak pembaharuan yang mungkin menjadi kenyataan kelak setelah PRU13 berakhir nanti. Pas semestinya dilihat lebih matang serta berwibawa setelah berkhirnya pemilihan pucuk pimpinan Jun nanti.
Rakyat semakin hari semakin mengharapkan pemilihan nanti mungkin menjadi bayangan sebahagian dari menteri-menteri kabinet Malaysia. Perwakilan perlulah menilai kemampuan individu-individu ini nanti untuk membawa Pas kearah parti yang lebih dinamik untuk dipertanggungjawabkan dengan lebih kuasa dalam pemerintahan Malaysia baru nanti.
Setiap keputusan kelak akan tetap diterima oleh setiap pendokong Pas kerana memang menjadi tradisinya ahli-ahli Pas sentiasa menerima apaa saja keputusan muktamar kelak dan terus merapatkan saf selepas itu untuk bersama bergandingan menuju kearah kecemerlangan bersama.
No comments:
Post a Comment