Kena lagi kita sekali lagi tahun ini 2 kupang lagi...Harga gula dikatakan akan dinaikkan lagi sebanyak 2 kupang mulai esok. Kerajaan dikatakan akan dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar RM 116 Juta dalam bentuk wang subsidi dengan langkah menaikkan harga gula sebanyak 2 kupang ini. Kali terakhir kerajaan menaikkan harga gula adalah pada Disember 2010 lalu juga sebanyak 2 kupang.
Dan seperti biasa, alasannya adalah sebagai langkah berperingkat kerajaan menghapuskan terus penggantungan rakyat kepada susidi kerajaan. Dan yang paling penting adalah kerana kenaikkan ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan harga gula dinegara-negara lain seperti Singapura dan Thailand.
Rakyat sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana fenomena kenaikkan harga barangan ini seharusnya dapat dielakkan jika kerajaan yang ada sekarang membelanjakan wang dana rakyat dengan berhemah serta lebih telus. Ketirisan yang tidak sepatutnya berlaku serta rasuah yang selama ini berleluasa jika dielakkan dengan lebih serius akan dapat menjimatkan lagi wang kerajaan dan seterusnya dapat disalurkan kepada keperluan rakyat. Tetapi rakyat telah bertindak untuk memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan 2 kupang ini sekali lagi untuk memerintah Malaysia dan membaham segala hasil negara.
Baru seminggu yang lalu , kerajaan telah menaikkan harga petrol Ron 97 sebanyak 2 kupang juga dan kini harga gula pula dinaikkan sebanyak 2 kupang juga. Apakah tiada langsung sekelumit rasa belas kerajaan kepada rakyat yang terpaksa menanggung kenaikkan harga barangan yang lain kerana kenaikkan ini? Sudaah pasti harga makanan yang lain akan turut merasa tempiasnya dan turut juga akan naik dan mungkin juga lebih dari 2 kupang ?
Dan seperti biasa juga tiada langsung berita sensasi dikeluarkan untuk memberitahu rakyat akan kenaikkan harga gula ini. Seolah-olah , kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu dari rakyat kerana sekonyong-konyong sahaja 2 kupang menghentam kita sekali lagi........
No comments:
Post a Comment