Benarkah rakyat Malaysia sekarang ini semakin menghampiri kematangan berpolitik? Atau adakah kita masih lagi ditakuk lama diselubungi sentimen kebangsaan dan cenderung untuk membuat pilihan mengikut bangsa ? Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang diluar-luar bandar terus cenderung untuk menumpukan serta memusatkan segala tenaga serta kelebihan yang ada untuk memancing undi berdasarkan demografi pengundi berdasarkan bangsa masing-masing.
Mahu tidak mahu kita kena mangakui rakyat masih lagi tidak mampu untuk memberi ruang yang seluas-luasnya kepada poitik yang lebih berdemokrasi. Tambahan pula akibat 50 tahun lebih sentimen perkauman yang dibawa BN dan penerajunya Umno. Samada Umno, MCA dan MIC rata-rata memusatkan keseluruhan tenaga mereka selama ini untuk memberi penumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha untuk memperkasakan agenda bangsa masing-masing walaupun pada masa yang sama bermuka-muka kononnya mewakili semua kaum.
Contoh terbaru agenda politik kebangsaan Umno adalah melalui lidah rasmi akhbar mereka yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman atas alasan untuk mendapat kembali sokongan golongan Melayu kepada Umno. Atas ingin mengeksploitasikan kedaifan berpolitik rakyat, tidak dapat tidak sentimen perkauman yang dimainkan sekarang ini sedikit sebanyak mendapat perhatian rakyat.
Lantas atas alasan untuk meraih apa yang dinamakan 'popular vote' Umno malah sanggup malakukan apa sahaja untuk terus mengenggam kuasa ditampuk pemerintahan. Umno sebenarnya sedar, melalui BN serta parti komponen mereka MCA, MIC , Gerakan mahupun PPP tidk mampu lagi menarik sokongan pengundi bukan Melayu untuk memberi kemenangan kepada BN pada PRU 13 nanti. Kecenderungan pengundi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat kian terserlah dan terbaru PRN Sarawak membuktikan segalanya. Rakyat bukan Melayu telah menjauhi BN sejak 2008 lagi malah peratusannya semkin 'menggila' hingakan Umno sendiri meraasakan parti komponennya tidak mungkin lagi dapat dijadikan sandaran untuk meraih sokongan pengundi. Oleh sebab itu kita mula mendengar keluhan-keluhan rasa ketidakpuasan hati pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang merasakan kelemahan disebelah pihak parti komponen BN ini mula berkira-kira untuk merampas kerusi-kerusi yang dikatakan berpotensi untuk mereka.
Umno juga sedar hanya dengan mengembalikan pengundi Melayu kepangkuan Umno sahajalah dapat menjamin pengekalan kuasa mereka untuk 5 tahun akan datang. Lantas, segala bentuk usaha serta tenaga sekarang ini jeas menampakkan kecenderungan sentimen perkauman yang cukup jelas dimainkan mereka. Seolah-olah Melayu sekarang ini berada dihujung tanduk jika Pakatan Rakyat berkuasa kerana Melayu dikatakan akan ditindas dan terus terkebelakang jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan. Malah kesimpulan yang jelas termasuklah komen dari Tun Det , Kuasa Melayu Akan Terhakis dan Lenyap dari Malaysia jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Telahan Umno, rakyat akan membuka mata mereka jika sentimen ini dimainkan, dan mudah untuk rakyat kembali kepaa Umno jika lagu perkauman ini terus berkumandang hari ke hari hingga ke hari PRU 13 nanti. Rakyat harus sedar, Umno sekarang ini mat terdesak dan berada dalam keadaan kritikal dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka. Dan tidak mustahil jika dikatakan, PRU 13 akan diadakan secepat mungkin sejurus Umno mersakan diri mereka mula diterima rakyat kembali sedikit masa lagi...
No comments:
Post a Comment