Barulah kita sedar selama ini satu-satunya parti yang menentang Islam adalah DAP. Oleh kerana itulah Umno melalui Presidennya Najib beria-ria mempelawa Pas untuk bersama-sama Umno dalam BN dengan alasan DAP selama ini tidak memperjuangkan Islam.
Kenyataan terbaru Najib ini dilihat cukup terdesak dan tersepit memandangkan parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA / MIC / PPP juga secara terang - terangan tidak memperjuangkan Islam selama ini. Jika komponen-komponen BN ini berjuang untuk melaksanakan Islam diMalaysia ini, tidaklah kita akan dilimpahi dengan gejala fitnah yang berleluasa sekarang ini. Jika benarlah Samy Vellu atupun Lee Liong Sik dulu setuju dengan Islam dan redha untuk laksanakan Islam selama ini tidaklah gejala buang bayi menjadi-jadi sekarang ini. Malah, tidak mustahil Pas juga tidak akan ujud kerana Umno sera parti-parti komponennya dalam BN telah memertabatkan Islam dan melaksanakana hukum Islam di Malaysia ini. Jangankan nak perjuangkan Islam, malah , pemimin-pemimpin parti komonen BN yang dikatakan bersama Umno pulhan tahun lamanya pun msih tidak memahami Islam dan masih lagi mempersendakan hukum Islam ? Ingatkah kita isu terbaru calon Pas Tenang Cikgu Normala yang diasak Soi Lek kerana enggan bersalaman dengan bukan mahramnya ? Kalau kepimpinan begini yang Najib katakan berjuang menegakkan Islam, maka , Najib sebenarnya hanya menghamburkan kata-kata mengikut sedap kata hatinya saja dan tujuannya hanya cuma untuk berpolitik mempengaruhi orang-orang Melayu.
Lantaran itu, Najib dilihat lebih kepada bermain kata-kata semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mempengaruhi minda rakyat. Kecerdikan rakyat selama ini cuba dipersenda Najib dengan episod terbaru ini. Telahannya , rakyat terutamanya orang Melayu akan bersekongkol dan kembali menjadi pak turut kepada Umno sekali lagi andainya termakan dengan janji-janji beliau. Sangkaan beliau, rakyat senang diperbodohkan dan sanggup menjadikan diri mereka seiringan atau sesaing dengan pendokong-pendokong Umno.
Dan Najib memilih tepat masanya, menjelang pemilihan Pas pad Jun nanti. Tujuan Najib cuma cuba untuk memporakperndakan pemilihan parti Pas nanti kerana dengan kembalinya gesaan beliau supaya Pas kembali menyertai Umno, 'Unity Government' akan menjadi topik dan isu yang hangat kepada seluruh ahli Pas dan harapannya Pas akan kucar kacir. Congakannya , bila Pas kucar kacir, Umno akan mendapat perhatian daripada pengundi-pengundi atas pagar yang mungkin berjumlah semakin besar sekarang ini
Najib dilihat semakin menghampiri pencapaian terbarunya apabila PRU 13 berakhir kelak. Najib dilihat PM pertama BN yang akan dijatuhkan oleh Pakatan Pembangkang dan mungkin juga menjadi PM yang pertama memegang tampuk pemerintahan tak cukup penggal. Dan mungkin juga Najib akan menjadi PM yang pertama mengharungi sisa-sisa perjuangan politik Umno disebelah kerusi pembangkang kelak.
Najib sedar akan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin tidak menyebelahi BN. Bukan Melayu terutamanya Cina, semakin tidak menghormati MCA mahupun Gerakan kerana telah dilihat mengamalkan politik sempit rasis dan lebih berminat memperkayakan kroni masing-masing. Malah , skandal-skandal rasuah yang menyelubungi kepimpinan MCA terdahulu jelas menggambarkan siapa MCA sebenarnya. Undi India pula dikatakan tidak beralih sangat walaupun Samy Vellu telahpun meletak jawatan beliau kerana penggantinya Pallanievel dikatakan lebih teruk dan suara beliau langsung tenggelam tidak kedengaran. Dan orang - orang India semakin terdesak mahukan perubahan kepimpinan yang mampu membawa perubahan kepada kaum India.
Justeru itu Umno beralih kepada kuasa pengundi Melayu untuk memastikan kerusi Parlimen terus digenggami mereka dengan apa cara sekalipun. Biarpun apa cara sekalipun, Najib akan terus berusaha bermain politik kotor sekotor-kotornya demi memastikan Umno terus reevan dibumi Malaysia. lantas cubaan beliau kali ini adalah dengan cubaan untuk melga-lagakan kepimpinan Pas dan Dap pula. Malah kedengaran suara-suara sumbang Najib terhegeh-hegeh cuba menghidupkan kembali Unity Government antara Umno dan Pas.
Rakyat seharusnya lebih bijak sekarang ini menilai keperibadian Najib melalui pelawaan beliau berulang kali berkenaan UG ini. Umno dilihat semakin tersepit dan menunggu masa untuk lenyap dari lembaran politik Malaysia.
No comments:
Post a Comment