Monday, May 3, 2010

Dahsyat OO...


PM terbaru Malaysia ini Najib...rupanya lebih terkenal berbanding dengan mantan PM yang masih hidup Tun Det dan Tun Lah. Dulunya, kedua-dua mantan PM kita terpaksa melobi dan membelanjakan berjuta duit rakyat hanya untuk mendapat ruang bertemu dengan Presiden Amerika George Bush. Berbeza dengan kedua-duanya, Presiden Obama pula yang 'tergedik-gedik' nak bertemu dengan Najib. Malah Obamalah yang sebenarnya 'terkinja-kinja' nak mengenali Najib lebih dekat dan mengetahui secara mendalam mengenai Model Ekonomi Malaysia (NEM) yang diperkenalkan oleh Najib. Jadi untuk mengatakan Najib menggunakan Apco untuk berpeluang bertemu dengan Obama seperti yang diura-urakan pembangkang adalah tidak benar sama sekali.

Itulah yang diwar-warkan Najib baru-baru ini ketika berkempen di Sibu. Bagi Najib, Malaysia menjadi begitu terkenal dikalangan pemimpin-pemimpin besar dunia adalah disebabkan oleh kerja keras pentadbiran beliau selama ini.

Tun Det dan Tun Lah sepatutnya berbangga dengan pencapaian Najib setakat ini kerana berjaya menaikkan nama Malaysia dengan lebih baik berbanding mereka. Tun Det memerlukan 22 tahun untuk berbuat demikian, dan Tun Lah pulak dikatakan hanya menumpang mengecapi hasil 22 tahun Tun Det. Dan Najib pula hanya ambil masa 2 tahun untuk membawa Malaysia gah dipersada dunia !. Kejayaan Najib setelah hanya memimpin Malaysia lebih kurang 2 tahun mencerminkan kewibawaan pentadbiran beliau disamping isteri. Peranan Rosmah selama ini juga tidak harus kita perkecilkan sama sekali. Tidak pernah sekalipun kita melihat Tun Asmah mahupin Tun Jean bertungkus lumus menaikkan nama suami masing-masing sebelum ini. Tak pernah sekali pun kita melihat malah mendengar kedua-dua mereka membalas kritikan parti-parti pembangkang. Turun padang berkempen untuk BN pada masa PRK , berhujah malah bersama-sama suami menangkis pelbagai kritikan dan sindiran parti-parti pembangkang. Kesimpulannya, Rosmah berjaya menaikkan nama suaminya dipersada dunia dengan berjaya menonjolkan dirinya sebagai wanita pertama Malaysia seangkatan dengan isteri-isteri pemimpin besar dunia yang lain hinggakan Obama juga kagum dan sejak dari tiu menyimpan hasrat untuk bertemu Najib.

Begitulah adanya......Dahsyat OOOOOO...Rosmah.

No comments: