
Sibu mungkin menjadi titik permulaan perjalanan Pakatan Rakyat menuju Putra Jaya, kerana, hampir setiap Pilihanraya Umum, BN gah dengan prestasi mereka menyapu bersih kerusi Parlimen disetiap penjuru Sabah dan Sarawak. Bahkan, dengan kemenangan mutlak BN di Sabah dan Sarawak menjadi faktor penentu kepada kesinambungan kuasa BN di Parlimen. Atas kapasiti tersebut jugalah Umno/BM berusaha keras untuk melabur sebanyak mungkin perlaburan yang ada seperti memberi peruntukan yang lebih dalam belanjawan baru-baru ini, memberi lebih kuota Jemaah Menteri kepada wakil Sabah dan Sarawak hanya semata-mata untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka. Malah, semasa pilihanraya kecil Sibu, berjutga-juta wang dijanjikan Umno/BN kepada rakyat Sibu semata-mata untuk meraih undi masyarakat Sibu.
Apakah rakyat Sarawak menjadi semakin matang berpolitik berbanding tahun-tahun yang dahulu ? Apakah rakyat Sarawak sudah jelak dengan janji-janji palsu Kerajaan Persekutuan selama ini ? Adakah rakyat semakin jelak dengan kepimpinan Umno/BN dan Mat Taib ? Persoalan yang terus menerus menghantui kepimpinan Umno/BN ini akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan menggantikan kepimpinan di Putra Jaya kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Semakin hari, Umno/BN menghitung hari menjelang PRU 13 kerana secara terang-terangan sekarang ini rakyat berani menolak kepimpinan mereka biarpun cuba disogok dengan pembangunan dan wang ringgit. Rakyat sekarang semakin bijak menilai dengan jelas dan sanggup berpatah arang menongkah arus untuk memastikan kuasa rakyat dikembalikan kepada rakyat. Jelas jentera Umno/BN melalui SPR telah gagal untuk menghapuskan kebangkitan rakyat.
Kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan DAP di Sibu, jutaan tahniah dikalungkan, hasil penat lelah saudara dan saudari sekelian amat bernilai kerana dari awal lagi , pertarungan berat sebelah ini menjadi suatu yang teramat perit untuk dilalui. Tambaan pula dengan jumlah undi pos yang tinggi, kemenangan ini jelas menunjukkan penolakkan rakyat terhadap Umno/BN.
SYABAS DAP ... SYABAS PAKATAN RAKYAT
No comments:
Post a Comment