Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala baru-baru ini berkata rakyat perlu menilai keperluan untuk kerajaan meneruskan pemberian subsidi kerana jumlah yang harus dikeluarkan kerajaan teramat tinggi. Bagi menampung segala subsidi barangan keperluan rakyat, kerajaan akan membelanjakan wang sejumlah RM 103 bilion untuk 5 tahun akan datang.
Kerajaan berkemungkinan akan bankrup jika bertindak terus mengekalkan pemberian subsidi tersebut memandangkan keadaan ekonomi kerajaan yang semakin merosot . Oleh itu amatlah penting bagi kerajaan untuk menilai semula keberkesanan pemberian subsidi tersebut memandangkan ianya lebih memberi menafaat yang menyeluruh dan bukannya hanya untuk rakyat golongan sasaran.
Apa yang cuba diperkatakan oleh Idris Jala lebih merangkumi persekitaran dan keadaan sekarang pemerintahan Umno/BN yang jelas gagal mentadbir kewangan dan ekonomi negara secara berkesan. Jika cara Umno/BN ini kekal dengan pembaziran yang keterlaluan , dengan alasan memperkayakan kroni - kroni mereka serta pembaziran yang melampau disetiap sudut , tidaklah mustahil kerajaan akan bankrup lebih awal dari yang dijangkakan.
Kerajaan Umno/BN jelas gagal mentadbir kewangan negara dengan berkesan selama ini dan ketirisan yang melampau mempercepatkan lagi proses kebankrupan ini. Rasuah dan nepotisma berleluasa dalam pentadbiran kerajaan. Projek-projek diagih kepada kroni yang rapat dengan kerajaan menyebabkan nilai projek berlipat kali ganda dari harga asal. Komisen untuk setiap projek juga ditagih pemerintah menyebabkan harga hampir semua nilai projek yang melibatkan kerajaan melambung tinggi. Ketirisan sebegini sudah menjadi darah daging Umno/BN untuk sekian lamanya, malah kini menjadi lebih kronik dengan segala pembangunan yang ada memerlukan kepakaran luaran.
Andaikata, Umno/BN lebih telus dalam merancana kewangan negara dengan lebih berhemah, negara besar kemungkinan lebih makmur dari sekarang ini. Inflasi kian melambung merentasi tahap kenaikan gaji rakyat saban tahun. Kuasa membeli rakyat juga semakin mengecil kerana sejumlah rakyat semakin kesempitan wang untuk mengurus hidup seharian. Namun, disebalik semua ini, jurang kekayaan rakyat semakin melebar dan tidak mustahil rakyat Malaysia akan menjadi seperti rakyat di negara Indonesia dan India dimana perbezaan pendapatan yang besar antara kaya dan miskin.
Alasan bankrupsi ini mungkin merupakan helah Umno/BN untuk mereka menghalalkan kenaikan beberapa keperluan asas sedikit masa lagi seperti harga minyak , gula dan tol. Dan tidak mustahil juga rakyat akan digemparkan dengan kenaikan beberapa cukai mahupun caj - caj seumpamanya yang menjadi sumber kewangan kerajaan selama ini. Baru-baru ini kita sudah pun dikejutkan dengan cadangan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memaksimakan kompaun kesalahan trafik dan penalti untuk mereka yang lambat menjelaskannya. Malah judi bola juga hendak dihalalkan Umno/BN untuk meraih keuntungan menampung rancangan jahat mereka selama ini.
Sebagai rakyat kita seharusnya lebih bijak menilai perancangan kerajaan Umno/BN yang semakin dihimpit masalah kewangan dek kerana kegagalan mereka mentadbir kewangan dengan baik. Jadi tepuk dada tanya selera...mahukah kita terus ditindas dan ditipu oleh Umno/BN untuk 50 tahun lagi?????
No comments:
Post a Comment