Kalaulah 'Unity Government' terjadi antara Pas dan Umno sebaik berakhirnya PRU 12 yang lalu, Pas mungkin sekarang ini terpaksa menghadapi serangan rakyat dan pejuang-pejuang Pas sendiri kerana bersekongkol dengan judi halal Umno. Kuasa Allah yang memelihara Pas dari bertindak bergabung dengan Umno cukup menginsafi seluruh pendokong perjuangan Pas selama ini termasuklah mereka - mereka yang dahulunya tersilap langkah ingin bergabung dengan Umno.
Langkah tegas sebahagian besar pemimpin-pemimpin tertinggi Pas menolak gabungan antara Umno dan Pas nyata menjurus Pas jauh dari fitnah terbesar abad ini iaitu judi bola. Umno yang dikatakan pejuang dan penegak bangsa Melayu dan Islam nyata menjadi dalang utnuk menghalalkan apa yang nyata haram disisi Islam.
Jika hari ini Pas telah bergabung dengan Umno, Pas akan terus dikecam hebat oleh pendokong-pendokong Pas selama ini dan mungkin Pas akan terkubur terus akibat terpalit tahi yang dicipta Umno. Dan mungkin juga pemimpin-pemimpin Pas akan terus dikecam oleh masyarakat Islam antabangsa kerana bersekongkol dengan parti maksiat.
Yang jelasnya , kekalutan 'Unity Government' dan ketegasan pemimpin - pemimpin Pas serta pertolongan Allah telah menyelamatkan Pas dari fitnah ini. Yang nyatanya, Umno semakin terus terpesong dari jalan menuju kearah kebaikan dan terus terjerumus jauh kedasar maksiat hasil dari kepimpinan yang sekular.
Umno dibawah pentadbiran Najib dibantu ulamak-ulamak bisu telah gagal untuk melaksanakan hukum Allah malah bertindak pula untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib menentang maksiat yang dihalakan Umno dari menjadi kenyataan kerana janji Allah adalah jelas...HALAL MALAH DIPERCEPATKAN BALA KEATAS KAUM YANG DISELUBUNGI MAKSIAT .
No comments:
Post a Comment