Dimanakah ulamak-ulamak Umno setelah beberapa pemimpin Umno yang jahil tentang agama bersuara mempertahankan langkah kerajaan Umno/BN menghalalkan judi piala dunia?
Terbaru Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan, berkata kerajaan mempunyai misi untuk mengurangkan gejala judi haram dan salah satunya ialah dengan membenarkan judi piala dunia yang boleh sedikit sebanyak mengurangkan gejala judi haram nanti. Langkah yang disifatkan murni oleh pemimpin-pemimpin Umno ini lebih melambangkan kejahilan mahupun ketidakperihatinan mereka terhadap hukum agama Islam yang jelas melarang segala bentuk perjudian.
Tradisi menggunakan yang haram untuk menghapuskan yang haram sememangnya menjadi alat Umno selama ini. Antaranya ialah amalan mengadakan konsert amal kononnya dan melibatkan artis-artis yang tidak menutup aurat terkinja-kinja diatas pentas atas nama pertunjukkan amal mengutip derma. Begitulah juga dengan amalan rasuah semasa permilihan parti Umno, yang diubah menjadi politik wang agar nampak lebih mulia dan terlepas dari hukuman dan tindakan pihak berkuasa.
Mereka lebih suka melihat anak-anak muda Islam kelak terjebak dengan gejala judi dari mencari penyelesaian kekal untuk menghapuskannya. Menurut beliau kerajaan berharap dengan pemberian lesen tersebut, wang yang mungkin berjumlah RM 6 bilion ringgit itu tidak akan pergi kepada sindiket - sindiket mahupun kongsi-kongsi gelap. Jadi dapatlah kerajaan membendung aktiviti-aktiviti haram kumpulan-kumpulan samseng tersebut. Yang pastinya, Umno/BN lebih berminat dengan jumlah keseluruhan wang yang akan dilaburkan kaki-kaki judi dan kerajaan akan dapat memperolehinya dari hasil cukai yang tinggi.
No comments:
Post a Comment