Monday, May 24, 2010
Pengundi Baru..
Hampir 30% rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas pada Februari 2010 masih lagi tidak berdaftar sebagai pemilih. Sumber Suruhanjaya Pilihanraya menunjukkan hampir 4.4 juta daripada 15 juta yang layak mengundi masih lagi tidak mengambil inisiatif untuk menjadi pengundi setakat ini.
Negeri Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang berjaya mengurangkan jumlah pengundi yang belum berdaftar kurang daripada 15 % berbanding negeri-negeri lain yang kesemuanya lebih daripada 25% dan keatas.
Kesedaran betapa pentingnya untuk menjadi pengundi yang berdaftar masih lagi rendah dikalangan rakyat terutamanya remaja-remaja. Peluang untuk memastikan Pakatan Rakyat berkuasa terletak kepada pengundi-pengundi muda ini kerana mereka-mereka ini lebih terdedah kepada media baru ataupun blog-blog yang lebih telus berbanding dengan media-media cetak dan elektronik yang terang-terangan berat sebelah. Jadi kesempatan untuk menarik minat remaja-remaja ini untuk berdaftar sebagai pemilih perlu menjadi agenda penting bagi Pakatan Rakyat.
Jentera-jentera PAS , DAP dan PKR haruslah lebih agresif bekerja menarik minat bakal pengundi-pengundi muda ini. Pakatan Rakyat yang terkenal dengan kecekapan mereka mengatur ceramah-ceramah perdana dan berjaya menarik ribuan pengunjung setiap kali berceramah haruslah mengambil kesempatan ini untuk menyedarkan remaja-remaja ini untuk mendaftarkan diri mereka sebagai ahli parti dan seterusnya sebagai pengundi berdaftar secepat mungkin. Janganlah kita leka dan gagal mengambil kesempatan ini untuk menarik minat golongan remaja ini menjalankan tugas mereka sebagai seorang rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment