Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengemukakan cadangan kepada kabinet untuk menaikkan kompaun minimum kesalahan trafik kepada RM 300 setiap kesalahan.Tujuan kompuan ini dinaikkan adalah untuk mendidik rakyat agar mematuhi undang-undang yang sedia ada jika tidak mahu membayar kompaun. Malah masih terdapat 16 juta saman berjumlah RM 2.05 bilion yang masih belum dijelaskan rakyat.
"Kita mahu mendidik masyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Pengguna jalan raya jangan lakukan kesalahan jika tak nak bayar kompaun atau denda," kata Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan.
Solah berkata langkah itu adalah susulan cadangan pihaknya mengenakan penalti kepada pesalah trafik yang lewat menjelaskan kompaun dan akan dilaksana selepas mendapat persetujuan Kabinet.
Alangkah malangnya rakyat Malaysia ketika ini kerana disebalik keadaan ekonomi yang mencengkam keadaan rakyat, ada lagi pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan menambahkan lagi keperitan rakyat menjalani kehidupan seharian. Inflasi meningkat sepanjang tahun, namun didalam keadaan ekonomi rakyat yang meruncing tanpa kenaikkan gaji untuk mengimbangi inflasi, rakyat pula hendak terus dihimpit dengan kenaikkan kompaun ini. Mungkin ada diantara kita berpendapat adalah wajar untuk kerajaan menaikkan kadar kompaun ini bagi mengajar pesalah trafik yang tegar agar membayar kompaun masing-masing, namun, masih ada cara yang lebih ekonomi seperti menghalang pesalah-pesalah trafik ini daripada memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing selagi tidak menjelaskan kompaun masing-masing.
Kerajaan seharusnya menilai akan keadaan rakyat sekarang ini daripada terus menerus ingin menambah keperitan yang ditanggung rakyat. Namun, keadaan sekarang ini lebih menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk menambah dana kerajaan.
No comments:
Post a Comment