Saturday, May 8, 2010
Kerajaan Sekular Umno
Belum pun reda rasa terkejut kita berkenaan isu cadangan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek berkenaan cadangan untuk menghalalkan judi piala dunia sedikit masa lagi, kita dikejutkan pula oleh pendedahan terbaru didalam blog bahawa PERKESO yang mengelola perihal keselamatan pekerja selama ini merupakan pemegang saham kelima terbesar dalam CARLSBERG...., Oleh kerana sebahagian besar pencarum merupakan orang Melayu Islam, adalah tidak wajar sama sekali jika kerajaan yang kononnya pembela agama Islam dalam diam menghalalkan pembabitan secara terus wang pencarum untuk membeli saham syarikat arak tersebut.
Adalah amat menjijikkan kerana kerajaan Umno BN sanggup menghalalkan cara hanya kerana untuk meneruskan kesinambungan cara pemerintahan sekular British. Pendedahan harus dilakukan oleh sesiapa saja berkenaan penyelewengan Umno didalam pemerintahan mereka yang tidak ada langsung walaupun sedikit untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia ini. Malah, kedua-dua insiden yang dinyatakan disini secara terang-terangan terserlah kepincangan Umno / BN dalam menghormati ajaran Nabi Muhammad selama ini.
Dimasa PRK Hulu Selangor sedikit masa lalu, Datuk Zaid Ibrahim dihentam bertalu-talu berkenaan perihal kelakuan beliau meminum arak dimasa lalu namun pada masa yang sama pemimpin-pemimipin Umno secara jelas turut bergelumang dengan aktiviti memakmurkan arak di Malaysia ini.
Inilah rupa sebenar Umno yang hipokrit selama ini berselindung disebalik kuasa yang mereka ada mengaburi mata rakyat dan memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia yang tergamak terus memilih Umno sebagai kerajaan sedangkan seluruh aktiviti dan gerak kerja mereka semuanya bertentangan dengan ajaran Islam. Rasuah berleluasa, judi dan arak menjadi mainan keuntungan untuk mereka dan gejala sosial yang terbit daripadanya dipandang sepi dan diperkecilkan oleh pemimpin-pemimpin Umno. Pendek kata , Umno bersama dengan konco-konco mereka terus menerus mempermainkan pelbagai ajaran Islam demi kepentingan politik mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment