Wednesday, May 12, 2010

Malaysia Boleh...JUDI


Sah..Kerajaan telah meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010 dan haknya diberikan kepada Berjaya Group. Menteri Kewangan Malaysia semalam dengan rasminya menganugerahkan lesen tersebut kepada syarikat Berjaya dengan alasan kononnya untuk membendung pertaruhan haram selain dapat menggunakan hasilnya untuk pembangunan sukan di Malaysia.

Kerajaan Umno/BN sekali lagi telah membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa apa sahaja boleh dilakukan selagi mereka berkuasa tanpa menilai kesan buruk yang akan menjejaskan pembangunan ummah. Kebimbangan sebilangan besar umat Islam di Malaysia yang menentang idea ini sebelum ini tidak diendahkan kerajaan Umno/BN yang secara terang-terangan berpendapat judi adalah sumber ekonomi yang penting untuk Malaysia.

Berjaya Group dikhuatiri akan menjalankan kempen besar-besaran mereka untuk menarik minat sebilangan besar rakyat termasuklah yang beragama Islam untuk turut serta berjudi sepanjang berlangsungnya Pial Dunia bermula Jun 2010 nanti. Dikhuatiri juga kumpulan Berjaya ini akan menggunakan rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven untuk memasatkan produk terbaru Yahudi ini kepada seluruh remaja termasuklah remaja Islam. Apa yang ditakuti selama ini telah pun menjadi kenyataan dan Umno dengan bangganya menghalalkan tindakan mereka ini tanpa menilai kesan buruk yang selama ini yang terang-terangan bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Pada hari ini termaktublah dalam sejarah Islam di Malaysia , Umno melalui kuasa yang ada pada mereka telah bertindak bercanggahan dengan syiar Islam. Dan kepada mereka-mereka yang masih lagi bergelumang dengan Umno, bertaubatlah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Janganlah disebabkan oleh kuasa yang ada, halal haram diketepikan begitu sahaja.

No comments: