Monday, May 3, 2010

Senator Katak...


Bila difikir-fikirkan..Ezam Mat Nor cukup bertuah berbanding dengan ahli-ahli karat biru Umno. Bayangkanlah, betapa untungnya Ezam selama ini, sebelum menceburkan diri semula kedalam Umno, Ezam merupakan penentang Umno tegar setelah Dato Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan tahun 1998. Ezam umpama singa lapar mengetuai barisan pemuda PKR menghentam kerajaan Tun Mahathir dimasa itu hinggakan sanggup dipenjara dibawah akta ISA dek kerana semangat perjuangan yang jitu menentang kemungkaran Umno.

Ezam berbanding dengan ahli Umno yang sepanjang hayat 'Dulu , Kini dan Selamanya' bersama Umno cukup bernasib baik kerana dilantik menjadi Senator hari ini. Siapa sangka, 6 kotak yang dibawanya selama ini memungkinkan beliau menjadi seorang Senator akhirnya. Maka berputih matalah beribu-ribu Pemuda Umno yang lain termasuklah Khairi Jamaludin. Ada Pemuda Umno yang bertungkus lumus memperjuangkan Malayu kononnya, langsung tidak dipedulikan pucuk pimpinan, malah , katak yang dahulunya kuhulu kehilir menghentam Umno siang dan malam dilantik pula sebagai Senator membelakangi mereka.

Perlantikan Ezam dan juga Palanievel sebagai Senator hari ini jelas membuktikan Umno sanggup bergadai bergolok asalkan apa yang dihajati mereka tercapai. Cakap-cakap sebelum pemilihan calon di Hulu Selangor , bahawa kompromi Palanievel dan Samy Vellu sebenarnya ada udang disebalik batu. Akhirnya Samy dan MIC yang sebenarnya beruntung kerana mendapat dua peruntukan , Parlimen dan Senator, sedangkan, Umno hanya menang sorak bertungkus lumus memenangkan calon MIC di Hulu Selangor.

Kepada ahli Umno yang sepanjang hayat bergelumang dengan politik tanpa hasil apa-apa, sedarlah dan beralihlah kepada Pakatan Rakyat kerana jelas perjuangan mereka tidak mendapat pengiktirafan pucuk pimpinan. Jikalau pengiktirafan perjuangan mereka hanya setakat lawatan percuma ke Langkawi setahun sekali ataupun makan 'tomyam' setiap kali sebelum mesyuarat agong kawasan masing-masing, adalah lebih bermunafaat untuk mereka menilai kembali perjuangan mereka daripada terus dimanipulasi pemimpin - pemimpin Umno .

No comments: