Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, S Vell Paari memohon maaf berhubung kenyataannya yang Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC dan Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk menyingkirkan bapanya, Datuk Seri S Samy Vellu.
“Memandang perkembangan terbaru, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa cara dengan gerakan GAS (gerakan anti Samy Vellu). Kebanyakan pemimpin Umno secara terbuka bahawa mereka tidak mempengaruhi atau bekerja dengan Mugilan dalam apa cara sekalipun,” “Justeru, saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” kata Vell Paari dalam satu kenyataan hari ini.
Tindakan Vel Paari ini sudah pun dijangka oleh seluruh rakyat kerana beliau sebenarnya cuba mensensasikan diri beliau agar dikenali ramai dan bukannya berani sangat seperti yang dicanangkannya. Baginya ..biar gempak 1Malaysia.
Secara ringkasnya , alasan yang beliau berikan tidak boleh diterima langsung setelah berapi-api beliau menuduh Umno sebelum ini. Mana ada 'Perompak' yang mengaku merompak ??? Jadi untuk menidakkan Umno dalam percaturan atas alasan pengakuan pemimpin-pemimpin Umno saja terasa terlalu mudah untuk ditelan. Kemana hilangnya bukti-bukti kukuh yang Vel Paari ada sebelum ini ??? Ataupun Vel Paari Gempak Aja Lebih !!!
No comments:
Post a Comment