Thursday, February 18, 2010

Khairy...Khairy.. Kena Batang Hidung Sendiri...


Dalam perhimpunan Agung Umno yang lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pernah menyamakan mereka - mereka yang berdemo dijalanan umpama 'Beruk - Beruk Sarkas' bertujuan menyakitkan hati orang yang menyertai demo jalanan yang diseliakan oleh Pakatan Rakyat. Namun, kata-kata yang dihamburkan dulu telah memakan diri sendiri kerana sejak akhir-akhir ini, Umno pulak yang galak berdemo. Terbaru, seramai 2.5 JUTA orang berdemo dihadapan Kedutaan Australia membantah campur tangan mereka didalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuklah beliau sendiri. Kelibat 'beruk - beruk ini ( menggunakan kembali perkataan Khairy ) dihadapan kedutaan Australia sambil diawasi pihak berkuasa amatlah memalukan mereka sendiri.



Sejak akhir-akhir ini, Umno seakan-akan galak berdemo menentang apa sahaja yang terlintas didalam benak mereka hinggakan hampir semua isu lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan pembangkang. Pihak berkuasa pula seakan merestui tindak tanduk mereka ini dan seterusnya bertungkus lumus memastikan perjalanan demo ini dengan baik. Sebagai contoh demo 'Sedaq' di Komtar baru-baru ini, yang juga disertai oleh pihak berkuasa termasuklah pihak bomba yang seakan-akan telah bersiap sedia memadam api akibat dari patung Lim Guan Eng yang dibakar mereka.



Itulah sikap pemimpin-pemimpin Umno yang semakin hari semakin terdesak dengan tingkah laku mereka yang mencerminkan keperibadian mereka yang buruk. Pada mereka apa yang dilakukan mereka semuanya baik dan sebaliknya jika dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam hal ini, Khairy telah pun menunjukkan kepada rakyat betapa sikap beliau yang prejudis dan sempit ini telah memakan diri sendiri dan akibatnya lebih ramai rakyat membenci tindak tanduk beliau.

No comments: