Sunday, February 21, 2010

Umno......Confirm Busuk Segalanya



Isu berdemo kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Guan Eng tidak perihatin terhadap agama Islam oleh NGO-NGO (kebanyakannya Melayu 786), akibat dari ura-ura untuk membatalkan perarakan Maulidur Rasul kini menjadi sejarah. Suara-suara menghentam oleh tokoh-tokoh pemimpin pejuang Islam dari parti Melayu sekarang ini tidak lagi kedengaran. Malah Mufti yang sebelum ini rancak memberi pendapat yang berapi-rapi mempertahankan tindakan menyelar kepimpinan Guan Eng juga terus diam begitu saja. Malah Mantan Perdana Menteri yang sebelum ini terjaga dari lenanya dan turut serta menghentam Guan Eng juga secara tiba-tiba terlena kembali begitu sahaja.

Suara-suaara sumbang ini terhenti begitu sahaja kerana sebenarnya Pulau Pinang dibawah kepimpinan Koh Tsu Koon sebelum ini juga pernah tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul beberapa kali.Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.


Tahun 2003 - 2005 semasa Gerakan memimpin Pulau Pinang, kenapa tiada pula satu pun NGO-NGO yang kononnya membela Islam ingin berarak menghentam Koh Tsu Koon kerana tidak sensitif terhadap agama Islam. Tiada pula kedengaran suara Mufti membidas Koh Tsu Koon dan PM masa itu juga mungkin lena diulit mimpi hinggakan tiada suara dari beliau memperbetulkan tindakan Tsu Koon itu. Itulah UMNO, confirm busuk segalanya hinggakan baunya dapat dihidu berbatu-batu jauhnya. Cuma kerana Pulau Pinang kini dipimpin Pakatan Rakyat, Umno ingin menimbulkan sebanyak mana isu lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan orang-orang Melayu Islam. Terbukti tindakan mereka ini memakan diri kerana kenyataan yang sebenarnya adalah disebaliknya.

No comments: