Wednesday, February 17, 2010

YB Zulkifli..Apa Yang Dicari ?



YB Zul semakin hari semakin glamer, malah berjaya menjadi lebih popular dari Datuk Siti sejak kebelakangan ini. Media-media arus perdana dan termasuklah media elektronik TV3 berlumba-lumba untuk menemuramah YB Zul. YB zul suka ditemuramah atas alasan beliau bersikap radikal dan tidak gentar untuk membidas sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau disukai kerana berjaya mnjalankan kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sebelum ini.

Kenyataan-kenyataan pedas YB Zul merujuk kepada apa saja yang dilakukan Paktan Rakyat menjadi senjata terbaru Umno/BN untuk menarik perhatian rakyat, dan , disebabkan oleh itu, kesempatan untuk mengguna pakai YB Zul bagi pihak mereka umpama 'rahmat'. Apa yang sebenarnya dicari YB Zul kerana tindak tanduk beliau kebelakangan ini menjurus kepada untuk memburuk-burukkan Pakatan pembangkang. Sikap beliau membelakangi saluran politik yang sewajarnya tidak langsung mencerminkan keperibadian beliau untuk membawa Pakatan Rakyat menjadi sebuah gagasan untuk mengambil alih BN suatu hari nanti.

YB Zul bertindak menjadikan arus perdana sebagai platform untuk menghentam sesiapa sahaja dalam Pakatan Rakyat. Tindak tanduk beliau sekarang ini meyakinkan kecenderungan beliau untuk berbaik-baik dengan pemerintahan sekarang ini. YB Zul seharusnya bersama-sama dengan Raja Katak Datuk Paduka Ibrahim Ali, menghentam apa saja yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan seterusnya lebih mesra dengan perasuah-perasuah dan penghina - penghina Islam selama 52 tahun. Jika inilah yang dicari YB Zul, perjalanan yang dipilih beliau amat bertepatan sekali jika beliau terus menyarung baju berlambangkan keris bersilang daripada terus menerus mengkhianati hak rakyat Kulim Bandar Baru.

No comments: