Saturday, March 26, 2011

Umno Semakin Terdesak...

Apakah mungkin segala bentuk serangan bertalu arus terhadap DSAI ketika ini tidak lebih daripada cubaan nekad Umno yang dilihat semakin terdesak sekarang ini? Umno melalui bala tenteranya cuba memainkan pelbagai isu menjelang Pilhanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir dan tidak dapat dielakkan lagi. Dan mungkin juga disebabkan oleh pertuduhan liwat 2 yang kelihatan semakin tersasar ? Isu DNA serta kekalutan keterangan saksi pendakwa dan terkaitnya Najib dan Rosmah dalam kemelut kes Liwat 2, Umno dilihat cuba pula taktik yang lebih tragis melalui fitnah yang lebih besar dengan harapan ada rakyat bersetuju dengan video lucah tersebut dan kembali memberi sokongan kepada Umno/BN.

Tatkala kita semakin mual dengan helaian serta huraian kes Liwat 2 yang semakin jijik, timbul pula serangan terbaru ini. Namun, Umno dilihat akan lebih kehilangan sokongan akibat video lucah ini memandangkan semakin ramai rakyat bersimpati dengan DSAI. Percaturan yang dibuat Umno ini dilihat memberi kelebihan kepada DSAI kerana rata-rata rakyat berpendapat apa yang cuba ditonjolkan oleh video tersebut tidak dipercayai rakyat.

Serangan yang mengaibkan ini dilihat telah menjadikan DSAI semakin dihormati dikalangan rakyat kerana rata-rata berpendapat adalah mustahil DSAI sanggup melakukan perbuatan zina yang menjijikkan ini. Tambahan pula terbongkarnya dedahan demi dedahan yang dilakukan oleh YB Johari Abbdul dan CheGu Bard, dua individu yang dikatakan antara yang pertama melihat video lucah tersebut. Secara tegasnya kedua-dua individu tersebut menafikan bahawa DSAI terlibat dan ini adalah satu lagi konspirasi politik untuk menjahanamkan peluang Pakata Rakyat ke PutraJaya. Malah percanggahan fakta yang sedikit demi sedikit didedahkan oleh yang menuduh antara dua Datuk , Thamby dan Eskay , menjelaskan lagi motif untuk cuba menjatuhkan DSAI.

Senario politik sekarang ini yang menjurus kearah menggunakan pelbagai isu yang mengaibkan untuk menjatuhkan lawan oleh Umno jelas menunjukkan Umno terdesak untuk menawan hati rakyat. Segala bentuk penipuan dan fitnah menjadi mainan mereka hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka untuk 5 tahun lagi. Rakyat disogokkan dengan cerita-cerita serta komen - komen yang mengaibkan saban hari samaada dari media cetak mahu pun media elektronik hampir saban hari.

Kelebihan yang mereka miliki iaitu media elektronik digunakan sebaik mungkin untuk menyalurkan segala bentuk berita yang ada diantaranya begitu jijik untuk ditontoni apa lagi oleh kanak-kanak.

Apakah rakyat Malaysia sekarang ini begitu dangkal sehingga dapat dipermainkan sedemian rupa oleh media-media ini? Apakah rakyat Malaysia sudah cukup bersedia mengharungi fasa politik yang jelas menuju kearah kehancuran moral dan akhlak pemimpin? Sanggupkah kita sebagai rakyat Malaysia yang semakin matang mahu melihat segelintir pemimpin-pemimpin haprak ini terus menggunakan pendekatan yang mengaibkan ini demi survival politik mereka? Jika jawapan kepada persoalan ini dibiarkan tanpa diselesaikan oleh rakyat, Malaysia sudah pasti akan terus diperintah oleh kepimpinan yang korup dan jijik akhlaknya.

Sebagai individu muslim, kita seharusnya lebih bersikap radikal dan menolak secara total permainan politik sedemikian dan bergerak menuju kearah memastikan hanya individu yang beragama dan berakhlak tinggi sahaja yang layak menerajui negara yang kita cintai ini dari sekarang. Kepada seluruh kepimpinan Umno, bersedialah kalian untuk keluar dari PutraJaya selepas PRU13 nanti kerana besar kemungkinan , dan jika diizinkan ALLAH, rakyat akan sebulat suara menolak Umno/BN keluar dari PutraJaya.

Kemunculan sekali lagi fitnah melalui jalan yang menjijikkan ini sedikit sebanyak telah menghidupkan kembali sisa - sisa perjuangan PKR melalui slogan 'keramat' REFORMASI. Jelas terpancar diwajah-wajah kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat betapa keazaman mereka semakin tinggi dengan kemunculannya video seks ini. Malah, tidak mustahil jika nanti, rakyat termasuklah ahli-ahli Umno sendiri akan bangkit mempertahankan DSAI. Bagi individi muslim, pendekatan terbaru ini jelas mencerminkan ketandusan idea dan ketakutan yang amat ketara Umno terhadap DSAI menjelang PRU 13 dan pilihanraya negeri Sarawak.

Thursday, March 24, 2011

Politik Melayu..Kemana Hala Tujunya ?

Fitnah terbaru melibatkan DSAI dan video seks amat mengejutkan kita hinggakan anak-anak kecil yang telah bersekolah juga terperanjat kerana untuk sekian kalinya mendengar serta membaca perihal terperincinya segala yang berlaku dalam video seks tersebut. Ditokok tambah pula dengan komen-komen 'bernas' dari beberapa orang Ahli Parlimen, terutamanya, Ahli Parlimen dari Kulim Bandar Baru, saudara Zulkifli Noordin. Media-media elektronik pula seakan berlumba-lumba untuk mensensasikan lagi berita ini dengan agenda tertentu menjelang pilihanraya negeri Sarawak.

Senario politik Melayu sekarang ini sedang melalui satu fasa yang amat memalukan seluruh mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ini adalah kerana tahap pemikiran politik sebahagian besar ahli politik Umno,yang dikatakan parti tunjang bangsa Melayu ini , lebih mengutamakan dan lebih terfokus kepada 'kemaluan depan dan belakang'. Dalang video seks terlampau ini merupakan seorang pemimpin Umno yang suatu masa dahulu juga terpalit dengan fitnah menerbitkan buku '50 Dalil'.

Fasa yang dilalui politik Melayu sekarang ini sebenarnya sudah berlaku berabad lamanya oleh bangsa-bangsa asing terdahulu. Untuk kita menyaksikan sekali lagi sandiwara serta mainan politikus kotor dan jijik ini amatlah mendukacitakan seluruh orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika sebelum ini seorang pemimpin tertinggi MCA cuba dijatuhkan oleh seteru beliau dengan adegan video yang serupa, kini politikus Melayu pula cuba mengambil contoh sebegini ingin menghancurkan terus sisa - sisa perjuangan menegak keadilan oleh DSAI.

Kemanakah hala tuju politik orang-orang Melayu sekarang ini hinggakan sanggup menjatuhkan lawan secara tidak profesyional dari segi undang-undang negara mahupun undang - undang Islam. Seharusnya, jika benar apa yang digembar-gemburkan itu, pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam yang lebih dahulu didedahkan dengan video ini bukannya pihak akhbar. Jelas kepentingan politik pihak tertentu menjadi pertaruhan dan mainan politikus kotor dan biadab ini. Maruah dipermainkan sewnang-wenangnya demi survival politik mereka ataupun mungkin juga kerana takut akan menjadi penghuni disalah satu penjara yang mereka bina jika DSAI berjaya menawan Putrajaya.

Rakyat Malaysia yang waras seharusnya bertindak bijak menilai kemelut politik Melayu sekarang ini kerana jelas dengan terangnya Umno terdesak teruk untuk memastikan Pakatan Rakyat ditolak rakyat. Jalan mudah untuk meruntuhkan kesepakatan dan sokongan rakyat terhadap DSAI ialah dengan menjatuhkan kredibiliti DSAI dimata rakyat.

Namun apa yang terjadi sekarang ini merupakan satu hikmah kerana sedikit demi sedikit terbongkarlah segala kerja jahat pemimpin-pemimpin Umno yang menggelarkan diri mereka pembela bangsa dan agama. Amat tidak wajar jika rakyat terus menerus memperjudikan masa depan generasi akan datang dengan membiarkan Umno melalui kuasa yang ada pada mereka sekarang ini mencorak dan melakar sejarah hitam pemerintahan yang berlandaskan korupsi kuasa yang melampau.

Tambahan pula Umno melalui kuasa yang ada pada mereka sekarang ini dilihat menjurus kepada perlakuan diluar norma -norma dan garis panduan politik yang bersih. Ketaksuban Umno kepada kuasa yang ada pada mereka setelah lebih setengah abad berkuasa menjadikan kepimpinan mereka bertindak menyimpang dari asas perjuangan mereka sendiri. Jelas , Umno mengepalai gagasan yang dilihat menuju kepada kehancuran setelah rata-rata rakyat berpendapat, tindakan Umno melalui video seks ini memakan diri dan lebih tepat lagi berjaya meraih simpati rakyat kepada DSAI. Sedikit demi sedikit rakyat terutamanya yang diatas pagar dapat menghayati penderitaan yang ditanggung DSAI sekeluarga dan berpendapat Umno telah bertindak melampaui batas setelah salah seorang pemimpin mereka menjadi dalang video seks palsu pemimpin pembangkang.

Jelas sekali episod video seks ini memperlihatkan kepada masyarakat Malaysia dan dunia umumnya betapa murahnya maruah seseorang itu demi kuasa dan darjat. Dan politik orang-orang Melayu sekarang ini meniti kearah fasa yang jijik dan kotor akibat kerakusan pemimpin untuk terus berkuasa.

Sunday, March 20, 2011

Dah Dekat Dah....

Pilihanraya Negeri Sarawak semakin hampir, Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan esok Isnin 21 March 2011, memungkinkan juga semakin hampirnya PRU 13. Najib dan konco-konconya menantikan petunjuk keputusan pilihanraya negeri Sarawak sebagai kayu pengukur penerimaan rakyat secara umum terhadap Barisan Nasional. Bagi Umno/BN , rakyat semakin menerima kepimpinan Najib berdasarkan beberapa PRK kecil sebelum ini yang menyaksikan kecemerlangan BN mempertahankan kubu mereka.

Tambahan pula, Umno/BN dapat merasakan kononnya perubahan sokongan masyarakat Cina dan India disamping Melayu semakin merapati Umno/BN untuk terus memerintah Malaysia. Disebalik segala retorik kecemerlangan pemerintahan duo Najib/Rosmah, rakyat sebenarnya termakan dek berita-berita yang disogok setiap hari oleh satu-satunya media elektronik kendalian Umno/BN. Saban hari media elektronik kendalian Rais Yatim melambakkan pelbagai agenda politik Umno/BN kepada rakyat dan terus menerus mencerminkan kepalsuan yang nyata untuk mengaburi mata seluruh rakyat. Digambarkan saban hari dengan berita-berita mengenai penerimaan rakyat diseluruh negara kepada kepimpinan Najib/Rosmah. Disogok dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang disediakan Umno/BN terhadap keperluan rakyat. Dipotretkan juga keperihatinan Najib/Rosmah kepada golongan miskin tegar diseluruh negara. Satu-satunya tujuan untuk menggambarkan betapa rakyat seharusnya terus memberi peluang kepada kerakusan Umno/BN memrintah Malaysia untuk 5 tahun lagi.

Disamping berita-berita perihal kebaikkan Umno/BN , media elektronik juga seakan berlumba-lumba mencerminkan keburukkan kepimpinan Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat. Digambarkan kerapuhan 'chemistry' antara kepimpinan Pakatan Rakyat serta disogok juga betapa rakyat dikelima-lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat hidup sengsara. Dimanipulasikan dan dikepelbagaian berita-berita palsu untuk mencerminkan keburukkan serta kepincangan Pakatan Rakyat dalam mengendalikan pelbagai isu rakyat dinegeri-negeri tersebut.

Malah dimanipulasikan segelintir rakyat untuk berdemo hampir setiap hari mendesak serta menentang kepimpinan Pakatan Rakyat diseluruh negara. Walhal , rakyat dikelima-lima negeri Pakatan Rakyat hidup seperti biasa dan mungkin juga lebih elok daripada rakyat dinegeri-negeri yang dipimpin Umno/BN sebagai Menteri Besar masing-masing. Statistik MIDA, badan berkanun yang bertangungjawab memantau perlaburan-perlaburan asing diseluruh negara juga menunjukkan kecemerlangan kelima-lima negeri Pakatan Rakyat mengatasi negeri-negeri yang dipimpin Umno/BN.

Serangan demi serangan keatas Pakatan Rakyat serta kesibukan pemimpin - pemimpin Umno/BN yang mulai melobi diri masing-masing sekarang ini memberi petunjuk seakan-akan PRU 13 semakin hampir menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Malahan, penangguhan pemilihan pucuk pimpinan Umno dan MCA tahun ini menguatkan lagi desas desus PRU 13 akan diadakan pertengahan tahun ini juga. Malahan kes DSAI semakin menjadi sensasi yang diguna pakai Umno kerana sedar satu-satunya cara untuk melemahkan Pakatan Rakyat adalah dengan mencerminkan keburukkan DSAI dimata rakyat dan seterusnya berharap rakyat dapat menolak DSAI sebagai pemimpin rakyat.

Umno/BN merasakan diri mereka sudah cukup bersedia untuk merampas kembali sekurang-kurangnya 2/3 kerusi Parlimen serta mengambil semula kelima-lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tahun ini. Kecenderungan serta penerimaan rakyat disetiap program yang dihadiri kepimpinan Umno/BN sekarang ini menguatkan lagi tahap konfiden kepimpinan Umno/BN untuk sekali lagi berjuang menentang kerajaan rakyat Pakatan Rakyat...

Najib/Rosmah sebenarnya pandai memanipulasikan berita berita berkenaan kempipinan beliau yang dikatakan berjaya jika dibandingkan dengan pemerintahan Tun Lah sebelum ini. Tanbahan pula, kemunculan semula Tun Det mempromosikan anak didikan beliau Najib dan memeburukkan DSAI dalam karya terbaru beliau jelas memberi satu lagi petunjuk nyata PRU 13 semakin hampir menjadi kenyataan tahun ini.

Apakah Pakatan Rakyat bersedia mengharungi satu lagi PRU setelah kecemerlangan PRU 12yang lalu? Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat cukup bersedia setelah menempuh liku 3 tahun memerintah lima buah negeri? Adakan rakyat akan membuat perubahan besar kali ini dan mengheret Umno/BN kelauar dari PutraJaya? Semuanya akan terjawab bulan Jun nanti ? Wallahualam............

Thursday, March 3, 2011

Macamla depa saja yang pandai!

Geli hati melihat telatah menteri menteri kabinet Malaysia membuat kenyataan berkenaan dengan pentadbiran kewangan negara. Digambarkan kepada rakyat melalui media-media pengampu mereka kononnya hanya BN saja yang pandai mentadbir kewangan negara. Kononnya, jika Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui negara, rakyat akan menderita akibat oleh kejahilan pemimpin Pakatan Rakyat mentadbir kewangan negara. Lanjutnya, BN melalui pengalaman 50 tahun memerintah negara seharusnya yang lebih layak menerajui tampuk pemerintahn negara. Kononnya...Pakatan yang belum pernah menjadi kerajaan seharusnya tidak diperjudikan rakyat untuk mentadbir kewangan negara kerana bijak pandai semuanya penyokong BN, jadi , amat tidak wajar jika rakyat menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat sebagai pengganti. Secara ringkasnnya, bagi Umno, hanya BN satu-satunya layak menerajui pemerintahan nagara....

Namun, setelah setengah abad memerintah negara, pembangunan memang dapat dilihat dimerata tempat lebih-lebih lagi dikawasan bandar, tetapi, rakyat semakin hari semakin tertekan dengan arus perubahan ini. Semuanya akibat kerakusan pemerintah membaham segala sumber asli negara untuk temolok mereka serta kroni-kroni mereka. Pembangunan tertumpu untuk membuka ruang seluas-luasnya peluang untuk Umno serta kerabat-kerabat mereka mengaut keuntungan melalui penyelewengan-penyelewengan terbuka.

Tender-tender tertutup menelan berbilion-bilion wang rakyat sepanjang 50 tahun pemerintahan BN terus menjadi agenda utama mereka. Melihat kemewahan pemimpin-pemimpin Umno serta kaum kerabat mereka termasuklah pemimpin-pemimpin parti komponen BN jelas menunjukkan betapa bukan sedikit peluang yang diatur mereka untuk diri serta keluarga masing-masing mengecapi segala kemewahan hasil bumi negar kita.

Melalui kelicikan mereka memperbodohkan rakyat melalui agenda - agenda licik mereka atas nama pembangunan setiap kali pilihanraya, Umno serta BN terus menerus menjadi pemerintah. Walhal , rakyat seharusnya lebih berpeluang untuk hidup lebih selesa selama ini jika tidak diperintah Umno/BN.

Hak rakyat selama 50 tahun Umno/BN tidak diperkasakan mereka bahkan lebih menjurus kepada kepentingan peribadi masing-masing. malah melalui media-media mereka, rakyat diracuni pemikiran mereka dan dihalusi serta dilekakan dengan agenda hiburan serta keseronokkan hari demi hari.

Umno/BN melalui pebagai bentuk penindasan menekan rakyat dari segenap penjuru, dan yang paling jelas adalah hakikat menidakkan sumber kewangan kepda wakil-wakil rakyat dari parti Pakatan Rakyat. Menidakkan pelbagai bentuk kemudahan kepada negeri-negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat hanya kerana kerajaan pusat masih diperntah mereka. Dan seterusnya, mendabik dada acapkali menghulurkan bantuan hasil dari sumber negara kononnya BN yang memberi.

Umno/Bn amat takut jika rakyat sedar ataupun jika rakyat semakin cerdik menilai mereka kerana jika ini yang terjadi, jangka hayat Umno/BN akan hancur sekelip mata. Oleh itu, Umno/BN berusaha sekeras-kerasnya untuk terus berkuasa. Kepada pengundi saluran satu, Umno/BN akan terus menakut-nakutkan mereka dengan agenda kehilangan kuasa Melayu. Disogok mereka dengan keperihan Umno/BN selama ini mengekalkan kuasa Melayu dan jika diberi kepada Pakatan Rakyat , kuasa Melayu akan terhakis dan orang-orang Melayu akan menjadi hamba ditanhair sendiri. Kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah, segala pengorbanan nenek moyang orang-orang Melayu selama ini akan menjadi sia-sia dan tidak mungkin Pas mahupun Keadilan akan bangkit mempertahankan kuasa orang-orang Melayu. Jelas dengan agenda-agenda mereka, Umno/BN terus menekan golongan - golongan yang berumur untuk lebih berhati-hati terhadap Pakatan Rakyat dan menggambarkan kepimpinan PAS dan Keadilan cuba menjual maruah orang-orang Melayu.

Kepada golongan Muda pula, Umno/BN sanggup bergelumang dengan dosa dan maksiat untuk terus melekakan golongan ini dengan agenda-agenda hiburan yang melampau sepanjang hari. Pusat-pusat hiburan langsung tidak dikawal kerana tujuan utama mereka hanya untuk membuatkan golongan ini menjadi leka dan akan merasa tertekan dengan agenda keIslaman yang cuba dibawa Pas. Malah, dengan mentranformasikan pelabagai bentuk hiburan ini, Umno/BN mengharapkan , golongan remaja menjadi lebih tertarik untuk menjauhi perjuangan untuk menegakkan keadilan di Malaysia kerana takut kehilangan segala bentuk hiburan ini. Golongan muda ini disogok saban hari dengan pelbagai bentuk hiburan yang semakin hari semakin melampaui batas batas keagamaan. Rumah-rumah urut serta pusat-pusat hiburan tumbuh umpama cendawan selepas hujan, kemasukkan pelbagai jenis minuman-minuman keras tidak dipantau kerajaan atas nama keperluan dana kerajaan. Malah dibuka seluas-luasnya ruang kepada kemasukkan gadis-gadis dari luar negara sebagai pelacur hanya diatas nama memperkasakan industri perlancongan.

Oleh itu sudah tiba ketikanya rakyat menghantar Umno/BN keluar dari tampuk pemerintahan negara yang kita cintai ini jika kita ingin melihat generasi akan datang terpelihara dari segala bentuk penyelewengan yang kita hadapi sekarang ini. Retorik kononnya hanya Umno/BN sahaja yang layak memerintah sebenarnya sudah lapuk dan rakyat semakin sedar dengan kepincangan serta penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno/BN. Retorik kononnya hanya 'depa saja yang pandai' seharusnya dilempar jauh oleh rakyat kerana Pakatan Rakyat telah pun membuktikan betapa 5 negeri yang diperintah mereka terus maju kearah sistem yang bersih dan amanah. Sumber serta dana yang diterajui Pemimpin Pakatan Rakyat di negeri-negeri ini jelas menampakkan kemajuan jika dibandingkan dengan 9 lagi negeri yang diperintah BN.

Pelbagai bentuk kemudahan hasil dari sumber yang ditadbir urus dengan amanah oleh kepimpinan Pakatan Rakyat semakin diterima rakyat. Keseimbangan serta ketelusan pengagihan sumber dana kerajaan negeri menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat untuk menilai prestasi kepimpinan Pakatan Rakyat berbanding semasa pemerintahan Umno/BN suatu masa dulu. Biarpun ditekan oleh kerajaan pusat pemerintahan BN , elima-lima negeri tersebut terus berdiri teguh memperkasakan hak rakyat.

Sunday, February 27, 2011

Arus Perubahan ????

Sinonimnya keadaan Negara Mesir , Yemen dan Algeria adalah ketiga-tiga negara tersebut diperintah oleh diktator dan rakyat diketiga-tiga negara tersebut ditindas seteruk-teruknya oleh kepimpinan yang haloba dan zalim. Uniknya kebangkitan rakyat negara tersebut berpunca daripada keadaan rakyat yang dihimpit kemiskinan dan desakan hidup yang melampau hasil daripada kepimpinan yang mengamalkan rasuah sewenang-wenangnya.

Terbukti atas desakan hidup yang melampau akan membawa kepada kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah. Adakah rakyat sesebuah negara itu akan terus menjadi mangsa kerakusan pemerintah ataupun bangkit menentang pemerintah mereka semuanya bergantung kepada tahap kesedaran rakyat itu sendiri.

Kita di Malaysia ini walaupun rata-ratanya tidak mengalami keadaan sepertimana rakyat diketiga-tiga negara tersebut, harus bermuhasabah dan menilai dengan sedalam-dalamnya pemerintahan Umno/BN yang lebih daripada setengah abad ini. Pemerintahan yang berlanjutan ini telah merosakkan hampir kesemua kepimpinan Umno/BN baik diperingkat pusat ataupun diperingkat negeri-negeri malah hampir keseluruhan kepimpinan diperingkat bawahan. Budaya rasuah , komisen dan ugutan menjadi nadi kepada corak kepimpinan mereka yang semakin lama menjadi barah kepada kehidupan rakyat amnya.

Rakyat Malaysia seharusnya berhak menerima yang lebih baik daripada keadaan sekarang. Kita seharusnya tidak dibebani dengan pelbagai cukai - cukai yang tinggi malah tidak harus dibebani dengan caj-caj perkhidmatan yang tidak setimpal dek kerana kegagalan Umno/BN memerintah dengan baik. Jika kerajaan sekarang tidak boros berbelanja dan mampu mengawal ketirisan dana yang sentiasa berlaku, rakyat Malaysia akan menikmati hidup yang lebih baik daripada sekarang ini.

Tempias kebangkitan rakyat dari Mesir , Libya serta Yemen, mungkin akan menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit membuat perubahan pada PRU 13 nanti, dan, kita akan mungkin menyaksikan Umno/BN dihantar keluar dari tampuk pemerintahan yangdidominasikan mereka selama ini.

Generasi muda sekarang ini rata-ratanya mempunyai pengaruh yang lebih kuat untuk menjadi pendorong kepada arus perubahan diMalaysia ini. Pengaruh dari media-media baru seperti laman-laman blog mahupun twitter lebih menjadi pilihan berbanding dengan media cetak. Generasi muda sekarang ini lebih memahami tuntutan politik bersih dan pentadbiran yang amanah dan telus kerana anjakan pemikiran yang bukan hanya tertumpu kepada janji-janji tetapi lebih kepada faktor-faktor keperluan dan logik sesuatu perkara.

Pendedahan kepada berita-berita luar negara yang cepat dan telus menjadikan generasi muda sekarang ini lebih berfikiran terbuka berbanding dengan pengundi-pengundi lama. Senario sekarang ini lebih kepada bagaimana mereka melihat corak tampuk pemerintahan sesuatu pemerintah dan tidak mustahil mampu untuk membuat perubahan yang pantas demi kepentingan dan keperluan mereka dari masa kesemasa.

PRU 13 nanti mungkin menjadi PRU yang paling sengit dalam sejarah negara kerana buat pertama kalinya Umno/BN akan berhadapan dengan pengundi-pengundi muda yang celik IT dan berfikiran radikal malah terpaksa pula berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat.......

Tuesday, February 15, 2011

Tenang..Merlimau dan Kerdau

PRK Dun Tenang telah pun selesai, dan seperti yang diduga Umno mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada PRU 12 yang lalu. Sekalung tahniah kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat dan terutamanya kepada Cikgu Mala yang bertungkus lumus meredah onak dan ranjau untuk menegakkan Islam di bumi Tenang....

Tenang sebenarnya telah membuka mata dan intelek hampir seluruh rakyat Malaysia. Jelas terpancar keikhlasan Pakatan Rakyat untuk bersama rakyat mengembalikan hak rakyat yng selama ini disisihkan pengundi-pengundi Melayu Felda. Hasil 50 tahun bergelumang dengan banjir serta infrastruktur yang menyedihkan, Tenang, melalui undian Melayu Felda sekali lagi meyaksikan betapa tembok Umno masih terus didokongi saluran 1 dan 2. Dan terpampang jelas kehadiran Melayu Felda yang didokongi segelumit ole-ole dari Umno sekali lagi menggadai maruah 50 tahun mereka kepada Umno/BN. Atas kelicikkan Umno mengeksploitasi kesempitan hidup rakyat dengan pelbagai janji-janji manis mereka berjaya mempengaruhi sekali lagi Melayu Felda untuk mengundi BN. Malah , Umno melalui jentera kerajan yang digunapakai sewenang-wenangnya serta media-media pencacai sehari-hari menggunakan kesempitan hidup rakyat sebagai senjata untuk menggula-gulakan mereka hinggakan mereka alpa siapa sebenarnya penyebab kemiskinan ini berlarutan untuk sekian lamanya. Walhal, rkyat terus menerus melalui kepayahan hidup mereka seperti biasa setelah tamatnya PRK Tenang dan janji-janji yang ditaburkan BN akan terus menjadi janji-janji kosong. Tenang akan terus dilanda banjir seperti 50 tahun yang sebelumnya.......

Setelah Tenang, Merlimau dan kemudiannya Kerdau menggamit jentera-jentera pilhanraya untuk berkampung pula di Melaka dan kemudiannya Pahang. Dan seperti Tenang, Umno akan dicabar Pas sekali lagi dan tidak mustahil sekali lagi Islam menjadi medan persenda pencacai-pencacai Umno/BN. Umno akan sekali lagi membiarkan 'pelakon porno' mereka merobek maruah Islam sekali lagi dan mungkin lebih buruk lagi kerna jelas sekali Umno telah gagal mendidik pemimpin-pemimpin parti komponen mereka memahami Islam apa lagi untuk menghormati Islam.

Thursday, February 3, 2011

Jawapan TGNA Kepada Mahathir


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.



Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :


وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa.



Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?



Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor.

Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.


Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Tuesday, January 25, 2011

Normala Sudirman....


Tenang yang selama ini tenang begempita dengan laungan takbir ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon Sabtu lepas....Gegak gempita laungan keramat ini menyaksikan puluhan ribu manusia beriringan bersama saf kepimpinan Pakatan Rakyat berarak kemas mengiringi Cikgu Mala calon Pas untuk Dun Tenang. Cikgu Mala pejuang kerdil di Tenang jika hendak dibandingkan dengan calon BN seorang ADO merupakan yang terbaik Pas tonjolkan untuk membela nasib rakyat di DUN Tenang ini.

Kelibat beliau yang selama ini jelas dilihat di merata tempat di Tenang sebagai aktivis Muslimat Pas semakin diterima rakyat berbilang kaum. Meskipun BN melalui MCA mhupun Umno serta MIC cuba memepermainkan isu - isu sensitif, rakyat semakin terbuka untuk menerima Cikgu Mala dek kerana keterbukaan kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang semakin hari dilihat mulai memahami Islam.

DAP yang sebelum ini digembar gemburkan oleh media pro Umno sebagai penentang Islam kini dilihat lebih bersikap professional jika hendak dibandingkan dengan MCA mahupun MIC yang telah bersama Umno setengah abad. Tahap kefahaman kepimpinan BN dari parti komponen mereka tentang Islam jelas telah terpesong. Malah ada yang berani serta celupar untuk membuat kenyataan yang mereka sendiri tidak faham kerana bagi mereka apa yang dilakukan Umno halal semata - mata biarpun ianya jelas terpesong dari ajaran Islam.

DAP yang semakin hari semakin memahami Islam melalui kepimpinan Pas mula mencerminkan keperibadian yang lebih toleran jika dibandingkan dengan "kebodohan" kepimpinan MCA tentang Islam. Jelas sekali setengah abad bersama Umno tidak memberi apa-apa makna mahupun kelebihan kepada MCA dan Umno sememangnya telah gagal memberi gambaran yang jelas kepada MCA tentang Islam. Tahap pemahaman MCA tentang Islam jauh menyimpang dari landasannya kerana bagi mereka apa yang dilakukan oleh kepimpinan Umno walaupun tidak memenuhi tuntutan Islam , adalah benar belaka.

Rakyat Tenang akan membuang undi mereka beberapa hari saja lagi, dan Cikgu Mala seharusnya menjadi pilihan mereka kerana rakyat semestinya lebih memerlukan perubahan tampuk pemerintahan yang lebih ikhlas dan bersih dari segala gejala rasuah...

Sunday, January 23, 2011

BN Semakin Bercelaru...

Mutakhir ini semakin lama semakin bercelaru tindakan BN yang tersepit akibat perbuatan mereka sendiri. Serba tidak kena segala tindak tanduk Najib bersama - sama barisan kepimpinan yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Rakyat hari demi hari semakin bijak menilai betapa selama ini BN hanya pandai memutarbelitkan fakta dan hanya mencerminkan kebaikan mereka sahaja melalui media-media 'goblok' mereka. Sedangkan rakyat dapat menilai hari demi hari keburukan pemerintahan BN dan corak pemerintahan BN berserta konco-konconya lebih mendatangkan keburukan kepada rakyat semakin terserlah kepada nilaian rakyat.

Negara kita yang mempunyai kepelbagaian sumber asli hasil bumi seharusnya lebih menyerlah dari negara jiran Singapura dan Thailand namun semakin ketinggalan akibat kegagalan pemerintahan BN selama lebih setengah abad. Kekayaan negara yang terhakis akibat ketirisan serta pembaziran yang berleluasa telah menjadikan kita rakyat Malaysia semakin dihimpit kesempitan hidup. Negara yang mempunyai sumber asli yang dicemburui negara jiran semakin dihimpit hutang luar negara yang berjumlah berbillion-billion ringgit. Terbaharu, negara dikejutkan pula dengan laporan dari luar yang menyatakan hampir RM888 billion ringgit aliran wang modal keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang lalu secara haram.

Berleluasanya rasuah yang sinonim dengan pemerintahan BN telah berjaya 'mempapakan' rakyat selama ini. Kekalutan politik BN sekarang ini adalah hasil dari kemelut dalaman mereka ditambah pula dengan keadaan rakyhat yang semakin dihimpit desakan hidup. Seluruh rakyat seharusnya lebih bersikap terbuka untuk menegakkan keadilan yang selama ini dirampas oleh pemerintahan BN .

BN pula semakin hari semakin galak untuk mencetus polimik ketidakstabilan hubungan kaum kerana jalan untuk mereka mengambil hati rakyat yang berbilang kaum ini dan melalui parti-parti politik 'assobiyah' mereka adalah dengan menakut-nakutkan rakyat perihal ketuanan bangsa masing-masing. Umno melalui ketuanan Melayu yang digembar genburkan pemimpin mereka terus menerus memainkan isu kehilangan kuasa andaikata Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Umno melalui sumber media - media pengampu mereka terus menjadikan isu ketuanan Melayu sebagai agenda untuk menagih simpati orang Melayu. Isu-isu serta polimik yang menyentuh hak-hak orang Melayu sengaja diadakan untuk meunjukkan bahawa Umno jaguh mendokong hak Melayu. Namun, hakikatnya, Umno yang merupakan pngkhianat kepada orang - orang Melayu selama ini.

Pun begitu adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit mempertahankan hak mereka dan mula memberi isyarat kepada BN untuk berundur secara gentlemen pada PRU 13 nanti.

Wednesday, January 5, 2011

Sampaikah Hajat....?

Kemelut politik tanahair semakin bercelaru dan semakin menghimpit rakyat hari demi hari selama Najib mengambil alih pemerintahan negara dari Pak Lah. Seperti selazimnya, Najib hanyalah umpama meimpi ngeri rakyat seperti pemimpin-pemimpin terdahulu. Indahnya perlantikan Najib hanyalah lebih kepada gimik dan slogan semata, walhal, rakyat terus menderita hari demi hari dengan pelbagai kerenah kerajaan korup BN.

Rasuah yang dahulunya ingin diperangi habis-habisan sejurus selesai perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri , kini menjadi agenda yang lapuk ditelan masa saling tak tumpah seperti memanda menteri yang terdahulu.

Kenaikan sara hidup yang semakin hari semakin menghimpit rakyat terus tidak diendah kerajaan Najib. Malah inflasi yang melebihi peratus kenaikan tahunan kebanyakan rakyat tidak pula menjadi satu kerisauan kepada kerajaan sekarang. Lebih menyakitkan hati, rakyat terus dimomok dengan perlunya pengurangan subsidi sedangkan BN terus menerus mempergunakan dana kerajaan sewenangnya.

Ketirisan terus berlaku hari demi hari, perbelanjaan diluar daripada harga terus menjadi agenda utama kerajaan BN. Selanjutnya, pemimpin-pemimpin BN langsung tidak menunjukkan rasa simpati terjadap tahap keselesaan rakyat yang semakin terjejas akibat kenaikan kos sara hidup hari demi hari. Kejutan harga barang yang naik hari demi hari tidak langsung mendapat simpati kerajaan BN. Malah, mereka pula seakan menjadi juruckap kepada sekalian peniaga dan pemborong seakan membela nasib mereka-mereka ini yang kononnya tertindas dan terjejas teruk.

Acapkali, BN seperti kerasukan hantu apabila berbelanja sewenangnya setiap kli PRK kecil diadakan dan terus menggunakan kuasa memerintah mereka untuk menggunakan segala kemudahan yang sepatutnya dikongsi rakyat seluruh negara. Sedangkan rakyat terus dihimpit kemelut kemiskinan yang semakin meruncing..

Sampaikah hajat rakyat pada tahun 2011 ini untuk mengheret BN keluar dari Putr Jaya dan kembalikan kegemilangan kuasa rakyat yang selama ini terpendam???

Sunday, December 5, 2010

Pentingnya Ketuanan Melayu...


Kata Pemimpin - Pemimpin Umno, Rakyat tak perlu pertikaikan apa-apa saja yang dilakukan Umno asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah pemimpin-pemimpin Umno menyeleweng asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah satu demi satu hak dan tanah Melayu digadai Umno , asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah orang Melayu merempat , asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah orang Melayu hidup terseksa akibat kenaikan harga barang, asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah Pemimpin Umno bergelumang dengan dosa asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Begitulah pentingnya ketuanan Melayu pada tanggapan seluruh pemimpin - pemimpin Umno selama ini. Retorik menggunakan kepentingan bangsa dijaja selama mungkin, retorik kononnnya Umno pembela bangsa diusung kesana-sini dengan harapan bangsa Melayu terus mendokong dasar Umno.

Kepandaian pemimpin-pemimpin Umno bermain dengan isu ketuanan Melayu ini selama 50 tahun berhasil meletakan mereka dipersada kepimpinan negara. Kepercayaan sebahagian besar orang Melayu kepada Umno dan ketaksuban mereka keatas hak-hak orang Melayu telah membawa mereka kesatu keadaan yang amat menyedihkan. Malah kerana terus menerus mendokong perjuangan Umno yang menyimpang telah menyebabkan generasi muda sekarang ini bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kepimpinan yang menjurus kearah kemodenan ynag melampau disamping mengenepikan nilai-nilai keislaman dalam memimpin negara telah menyebabkan keadaan dan keruntuhan akhlak serta institusi keagamaan yang amat serius.

Umumnya , hari ini orang Melayu boleh dikatakan terbahagi kepada 2 kelompok. Satu kelompok yang taksub akan kehilangan ketuanan Melayu (hasil kerjatangan Umno) dan menghadkan amalan keagamaan hanya pada ibadat khusus seperti sembahyang dan puasa, dan satu lagi melihat pentingnya Islam dimertabatkan dalam segala aspek kehidupan termasuklah kepimpinan dan bukan hanya tertumpu kepada asas - asas ibadat semata - mata.

Orang Melayu terus dijaja akan kehilangan hak-hak ketuanan Melayu mereka jika Pas dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara. Kononnya , Pas tidak mungkin dapat membela kepentingan Melayu. Malah ditakutkan mereka-mereka ini dengan alasan Islam tidak dapat juga dipertahankan. Maka, berduyun-duyunlah orang-orang Melayu terutamanya golongan separuh abad menyokong Umno. Media-media Umno juga cerdik memainkan peranan mereka memburukkan Pas serta Pakatan Rakyat , sedangkan hakikatnya, Perlembagaan Malaysia secara khusus menyatakan hak dan agama Islam akan terus terjaga.

Saturday, November 27, 2010

Kemiskinan...


Dalam masa PM kita berbangga dengan mahligai beliau di PutraJaya yang kononnya akan diubah suai dengan kos bernilai RM 65 juta, masih ada lagi rakyat hanya mampu berlindung dari hujan dan panas matahari seada yang termampu. Pada masa berbilion bilion duit rakyat direncanakan mereka - mereka yang korup dengan pelbagai macam projek - projek besar , ada rakyat yang perit menghitung hari demi hari untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sengsara. Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin korup ini berkira-kira untuk berbelanja besar, masih ada dikalangan rakyat Malaysia berkira-kira juga untuk berbelanja walaupun seringgit.

Itulah hakikat keadaan sekarang ini, negara menuju keambang kehancuran akibat kerakusan dan ketirisan dana kerajaan yang kritikal sekarang ini dibawah kepimpinan BN. Negara yang semakin hari semakin dihimpit hutang ratusan bilion ringgit ini terus menerus dipermainkan BN. Wang dan dana rakyat dikuda sehabis boleh untuk temolok mereka sendiri. Laporan Ketua Audit negara setiap tahun tidak diendah langsung. Penyelewengan demi penyelewengan yang dilaporkan Ketua Audit Negara saban tahun berulang tanpa tindakan serius dari pihak kerajaan.

Laungan rakyat tak diendahkan langsung kerajaan BN malah rakyat semakin tertekan dengan kelembapan ekonomi dan semakin teruk dihimpit kepantasan inflasi mengatasi sumber kewangan mereka saban tahun. Nilai matawang jika dibandingkan dengan harga barangan semakin mengecil saban tahun. Malah kedudukan ini mengundang kearah kenaikkan indeks jenayah akibat kesempitan hidup yang meruncing....

Apakah kita ingin terus diperbudakkan oleh mereka yang bergelar pemimpin korup ???
Apakah kita ingin terus dipermainkan oleh kelicikkan pemimpin ini berbelanja ???
Atau Apakah kita ingin terus menerus bersekongkol dengan mereka-mereka ini ???

Wednesday, November 17, 2010

2011 Masa Untuk Berubah....

Semakin hari seakin hampir kita ke ambang tahun baru sekali agi jika diizinkan Allah, dan sekali lagi akan diadakan sambutan besar-besaran kerajaan sekular BN menyambut tahun baru. Sekali lagi akan ada anak-anak dara dan teruna Melayu berpeleseran melakukan maksiat tanpa segan silu sepanjang malam sambutan itu. Akan ada juga parti - parti liar bermandikan cahaya neon dan minuman keras yang disertai remaja Islam menanti detik 12:01 pagi. Lebih mengejutkan lagi, akan ada datuk - datuk berpeleseran dikelab-kelab dangdut sepanjang malam bersama-sama GRO muda terkinja-kinja melakukan melakukan maksiat hingga ke pagi.

Itu hanyalah sebahagian daripada episod ataupun senario yang bakal ditempuhi kita selagimana UMNO/BN terus memegang tampuk pemerintahan dan terus menerajui cara pemerintahan sekular mereka. Malah mungkin juga kita akan tempuhi keadaan yang lebih teruk dari digambarkan tadi jika terus Umno / BN dibiarkan memerintah negara ini. Maksiat akan berleluasa, aktiviti rasuah mungkin terus menjadi subur dan keadaan rakyat akan terus tersungkur ditanah air sendiri akibat penyelewengan-penyelewengan berterusan pemimpin-pemimpin BN mengaut segala kekayaan negara.

2011 nanti mungkin akan menjadi tahun keramat kepada kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintahan lebih setengah abad Umno/BN. Setengah abad bukanlah merupakan satu jangkamasa yang pendek..malah merupakan satu jangkamasa yang boleh dikatakan cukup untuk Umno/BN memporak perandakan kehidupan rakyat. Malah selam lebih 50 thun, pemerintahan Umno/BN, Islam dilempr jauh-jauh dari pentadbiran negara dan cuma kekal sebagai agama rasmi negara.

Bagi rakyat Malaysia, 2011 mungkin menjadi satu permulaan kebangkitan rakyat menghukum kerkusan pemerintahan Umno/BN selama ini. Tahun 2011 mungkin akan menyaksikan perubahan besar ditampuk pemerintahan negara kerana rakyat sekarang ini semakin terbuka minda mereka untuk membuat perubahan.

Menjadi harapan rakyat selama ini untuk menyaksikan satu perubahan ditampuk pemerintahan negara kerana jelas sekali Umno/BN telah gagal untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat. Kes jenayah yang semakin hari semakin menjadi-jadi, kes - kes penyelewengan dana kerajaan bertahun-tahun tanpa tindakan, kes-kes kekayaan kroni-kroni diluar jangkauan normal akal, malah kes-kes penglibatan secara langsung kepimpinan Umno/BN menyalahgunakan kuasa mereka setiap kali pilihanraya kecil diadakan adalah hanya sebahagian kecil dari peneyelewengan yang dilakukan Umno/BN.

Justeru itu, adlah menjadi harapan sebahagian besar rakyat agar mereka ynag selama ini mendokong Umno/BN agar membuka mata mereka seluad-luasnya dan berfikir secara ilmiah dan menilailah secara adil kerajaan yang sebagaimana yang dikehendaki rakyat.....

Sunday, November 14, 2010

Media Umno....

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

"Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.

Kepada wartawan-wartawan yang bernaung dibawah media-media Umno, anggaplah segala laporan yang berat sebelah yang dilakukan selama ini sebagai yang terakhir dan insaflah dan sedarlah akan azab Allah itu amat pedih bagi orang yang melakukan fitnah.

Perlakuan kebanyakan wartawan - wartawan ini sebenarnya lebih menjurus kepada pembohongan yang nyata dengan harapan rakyat terus diperbodohkan dengan berita-berita sensasi yang memburukkan kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan. Dengan bertitahnya, Baginda Sultan, diharap rakyat yang selama ini begitu menyanjungi media-media Umno ini dapat membuka dada dan berlapang dada dengan tindakan Ustaz Azizan yang melarang media-media Umno ini dari menghadiri sidang Dun kali ini.

Pembohongan demi pembohongan yang menjadi darah daging media-media Umno ini sedikit sebanyak membuka minda dan mata sekelian rakyat supaya lebih berhati-hati dengan laporan mereka dimasa hadapan. Rakyat sekarang ini semakin sedar bahawa Umno/BN akan terus memainkan pelbagai isu-isu melalui media-media ini kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk menjawab segala tohmahan yang dilakukan...

Thursday, November 4, 2010

Kuda Tunggangan ....

Kata Umno Pulau Pinang , Pas menjadi kuda tunggangan untuk PKR dan DAP. Kata Umno lagi, Pas dipergunakan PKR dan DAP untuk meraih sokongan masyarakat Melayu agar menyokong Pakatan Rakyat. Tambah pemimpin Umno lagi, Pas tidak mendapat apa-apa faedah daripada gabungan ini kerana parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat adalah PKR dan DAP, lantas Pas hanyalah seperti 'melukut ditepi gantang' dan dijadikan kuda tunggangan kedua-dua parti tersebut untuk agenda tersembunyi mereka.

Pimpinan Umno sebenarnya berada didalam 'state of denial'. Mereka-mereka ini sedar apa yang dikatakan mereka keatas Pas adalah tidak benar sama sekali, namun untuk memuaskan hati mereka sendiri , mereka beranggapan sedemikin. Hakikat yang sebenarnya adalah disebabkan oleh kebangkitan pengaruh Pas dikalangan orang-orang Meayu Pulau Pinang ini semakin terserlah.

Umno seakan gila talak sejurus tamatnya PRU 12 dahulu dan terumbang ambing sampai sekarang untuk mencari rentak untuk mendampingi orang-orang Melayu Pulau Pinang. Program-program kemasyarakatan yang dijalankan Pas seiringan DAP dan PKR semakin mendapat tempat dan hakikatnya orang Melayu sekarang mula mendapat menafaat dari program-program dan langkah kerajaan negeri memertabatkan Islam dan Melayu di Pulau Pinang ini. Setelah 50 tahun Umno dan Gerakan hanya memperkayakan segelintir juak-juak Melayu mereka, rakyat sekarang ini telah membuat perbandingan antara Umno dan Pas dan jelas sekarang ini sokongan orang-orang Melayu kepada Pas semakin meningkat dan ini membuatkan Umno tertekan.

Umno sebenarnya sedar akan kebangkitan pengaruh Pas dikalangan orang-orang Melayu, dan sedar Pas akan menjadi parti yang dominan dikalangan orang Melayu dan tidak mustahil akan melenyapkan Umno dari Pulau Pinang. Lantas, jalan yang paling mudah bagi kepimpinan Umno Pulau Pinang adalah menyerang Pas dari segenap penjuru termasuklah memfitnah Pas. Jalan paling mudah untuk Umno memenangi semula sokongan orang Melayu Pulau Pinang adalah dengan membangkitkan isu-isu perkauman termasuklah menuduh Pas sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR. Bagi Umno, orang Melayu Pulau Pinang amat mudah untuk dijinakkan dengan isu-isu sedemikian , jadi , kerahan tenaga menjurus untuk memburukkan Pas dimata orang-orang Melayu dijalan dengan begitu terperinci. Isu-isu lapuk yang melibatkan keentingan orang Melayu dan tidak diuruskan dengan baik semasa pemerintahan Gerakan/Umno dahulu mula dijadikan sandaran untuk memburukkan Pas dimata orang-orang Melayu.

Pemimpin - pemimpin Umno Pulau Pinang sedar akan hakikat yang sebenarnya betapa selama ini sejak 50 tahun dahulu, Umno telah menggadaikan maruah orang-orang Melayu dan hak-hak kepentingan orang Melayu demi untuk 'temolok' mereka sendiri. Mereka juga sedar kerjaan Pakatan Rakyat sebenarnya lebih perihatin terhadap orang-orang Melayu Pulau Pinang dn ini menjadikan Umno semakin hari semakin dilupai. Slogan Juara Rakyat yang dulu menjadi suara keramat kepada Umno jua semakin terpinggir dan mula dilupai orang Melayu Pulau PInang. Lanta kepimpinan Umno tidak senang duduk dan semakin bercelaru untuk mengembalikan sokongan orang Malayu kepada mereka. Oleh itu langkah memburuk-burukkan Pas dikalangan orang-orang Melayu menjadi agenda utama mereka untuk kembali berkuasa.