Monday, January 18, 2010
Anak Luar Nikah...MasyaAllah !
Stastik Pejabat Pendaftaran Negara sejak tahun 1999 - 2003 sahaja, sejumlah 70,430 anak tanpa bapa yang sah ataupun anak luar nikah didaftarkan di Malaysia. Yang lebih menyedihkan ialah 44% daripadanya adalah anak-anak orang Islam.
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Bermakna hampir 50 kanak-kanak tidak berdosa ini setiap hari didaftarkan secara sah melalui pejabat pendaftaran. Tidak termaksuk kes-kes pembuangan bayi yang dikesan pihak berkuasa selama ini. Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia, sebanyak 580 kes pembuangan bayi dicatatkan antara tahun 2000 hingga 2006. Malah angka - angka ini mungkin meningkat jika dicampur dengan kes-kes pembuangan janin.
Walaupun statistik-stastik ini mungkin akan cuma menjadi satu lagi angka-angka bagi pihak berkuasa, ibubapa haruslah lebih berwaspada dengan tingkah laku anak-anak remaja mereka sekarang ini. Bagi pihak kerajaan statistik ini mungkin tidak begitu penting jika dibandingkan dengan agenda politik mereka. Dan disebabkan itulah juga tiada usaha-usaha yang benar-benar serius dari pihak kerajaan Umno/BN untuk menangani permasaalahan yang kian meruncing ini.
Umno/BN seharusnya memikirkan pendekatan yang lebih Islamik untuk menangani gejala sosial ini. Aktiviti-aktiviti sosial hendaklah dikawal ketat dan rancangan-rancangan hiburan yang menjurus kearah maksiat hendaklah diberhentikan serta merta. Lesen-lesen pusat hiburan tidak harus dikeluarkan lagi kerana keujudan kelab-kelab malam inilah yang membentuk keperibadian anak-anak remaja Islam selama ini. Dan keujudan kelab-kelab ini jugalah yang telah merosakkan akhlaq ramaja Islam kita selama ini.
Tambahannya, Umno/BN melalui Kementerian Penerangan seharusnya mampu untuk bertindak mendidik anak-anak remaja kita melalui program-program yang lebih menjurus kepada keperibadian muslim dan bukannya mengagung-agungkan artis-artis yang semakin hari semakin menyimpang jauh dari Islam dari segi akhlaq dan cara hidup mereka. Ataupun menganjurkan program -program yang liar yang mengizinkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment