Sunday, January 3, 2010
Awai .. Awai Tahun Dah Mula
Jika rata-rata rakyat negara jiran bergembira menyambut tibanya tahun baru , tapi bagi rakyat Malaysia tahun 2010 disambut dengan berita kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen mulai tengah malam 1 Januari 2010. Kerajaan sebelum ini telah memberi gambaran bahawa subsidi gula akan ditarik balik dengan alasan untuk tujuan penjimatan dan juga sebagai pemangkin kepada rakyat agar mengurangkan pemgambilan gula setelah harga dinaikkan.
Hari pertama tahun baru ini rakyat telah pun didahulukan oleh kerajaan BN dengan kenaikkan harga ini yang besar kemungkinannya akan menyebabkan harga barangan lain dan juga produk-produk yang diasaskan dari gula akan turut melonjak. Dan seperti selalunya tidak mustahil perbandingan akan dilakukan antara negara kita dengan negara jiran tetangga untuk 'menjustifikasikan' langkah dan tindakan mereka. Dan stesyen-stesyen televisyen pula berlumba-lumba menyiarkan rakaman temubual bersama-sama rakyat yang samaada diupah ataupun sememangnya 'bangang dan bengap' kerana menyokong kenaikan harga gula ini. Kata mereka, kononnya kenaikan ini tidak sedikit pun akan menjejaskan mereka dan kerajaan dapat membelanjakan duit subsidi gula ini kearah yang lebih menguntungkan rakyat.
Kemelut kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan selama ini memang sudah menjadi lumrah kepada rakyat dan setiap kali kenaikkan sesuatu barangan itu diumumkan , rakyat akan terlebih dahulu dilempar dengan rancangan kerajaan tanpa mengambil kira keadaan ekonomi rakyat. Sepatutnya kerajaan lebih perihatin memandangkan sesi persekolahan juga akan bermula sedikit hari lagi dan kebanyakkan rakyat sudah pun berbelanja besar untuk kelengkapan persekolahan anak-anak. Malah kerajaan juga sebelum ini telah pun menaikkan bayaran yuran persekolahan untuk tahun 2010 ini. Jadi, dengan kenaikkan harga barangan ini, rakyat akan lebih tertekan di awal-awal tahun lagi.
Memandangkan kenaikan harga gula ini secara menyeluruh, jadi rakyat yang berada dibawah paras kemiskinan dengan isi rumah kurang daripada RM 500 sebulan lebih merasai impaknya. Seperti selalunya harga barangan yang berasaskan gula juga akan turut naik dan akan menambahkan beban yang lebih kepada rakyat sekali lagi. Paling menyedihkan, sudahlah harga dinaikkan, bekalan pula semakin berkurangan hinggakan penjual terpaksa menghadkan pembelian pelanggan kepada dua kilogram sahaja seorang disesetengah tempat.
Rakyat Malaysia harus lebih berwaspada dan bersedia untuk berdepan dengan kenaikan - kenaikan yang lain kerana tahun 2010 baru saja bermula dan kerajaan yang ada sekarang ini sememangnya kerajaan yang tidak mementingkan soal kebajikan rakyat selama ini. Jadi adalah menjadi lumrah kepada kerajaan BN untuk terus menghimpit rakyat dengan pelbagai lagi tekanan. GST, cukai perkhidmatan yang baru menyusul kemudian dan akan dibentangkan di Parlimen March nanti , dan besar kemungkinan ianya akan diluluskan memandangkan majoriti yang sedia ada pada BN. Oleh itu, kepada rakyat yang terus menyokong BN menerajui kerajaan, sedarlah hakikat yang sebenarnya, BN tidak mungkin dapat lari dari gejala mengkayakan diri sendiri dan meletakkan hak rakyat diakhir garisan.
BN akan terus menghalalkan apa sahaja kenaikan harga samaada barangan mahupun perkhidmatan dan akan terus membandingkan harga dengan negara jiran untuk menghalalkan tindakan mereka. Rakyat pula akan terus dihimpit belenggu kenaikan harga barangan tanpa dapat berbuat apa-apa.
Wallahualam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment