Saturday, January 9, 2010

Mengapa Salahkan Islam ?



Insiden kebakaran gereja baru-baru ini amat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan toleransi beragama di Malaysia. Namun yang lebih menyedihkan sekarang ini, semua orang terus menuding jari kepada orang Islam atas insiden yang berlaku itu termasuklah pemimpin-pemimpin negara. Kita cepat sangat membuat kesimpulan mendakwa orang Melayu Islam yang terlibat membakar gereja di Petaling Jaya itu sedangkan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan mengenal pasti penjenayah yang terbabit.

Biarpun siasatan masih diteruskan, namun antara kita seakan-akan telah menjatuhkan hukuman yang keatas orang Islam sendiri dan secepat itu jugalah kita memohon maaf diatas insiden tersebut. Apakah masih ada maruah dikalangan pemimpin kita? Kita sepatutnya menyerahkan segala siasatan yang seharusnya dilakukan oleh pihak berkuasa dan bukannya kita sendiri membuat kenyataan seolah-olah Islam telah bersalah. Kemungkinan ianya dilakukan oleh individu tertentu dengan mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengkucar-kacirkan keharmonian rakyat tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Mengapakah begitu mudahnya kita mengakui kesalahan yang mungkin tidak dilakukan oleh orang Islam ? Media pula berjaya memainkan peranan mereka membesar-besarkan penglibatan orang Islam sedangkan tiada bukti yang konkrit untuk kita menuding jari kepada orang Islam. Memang ada kemungkinannya orang Islam terlibat memandangkan ianya bersangkutan dengan insiden penggunaan nama ALLAH didalam akhbar harian Herald Tribune, tetapi , untuk terus menuding jari keatas orang Islam adalah tidak tepat selagi ianya tidak didiringi dengan bukti kukuh.

Masyarakat Islam pula termasuklah pemimpin-pemimpin Islam dari kerajaan seakan - akan berlumba-lumba menasihati orang Islam untuk tidak mengulanginya lagi sedangkan siasatan masih terus berjalan. Ini hanya memburukkan lagi imej Islam dimata seluruh rakyat dan sebagai seorang Islam, kita sepatutnya tidak terus bersikap menerima apa saja pertuduhan tanpa bukti ini.

No comments: