Pakatan Rakyat telah lama mengakui hakikat politik Malaysia secara umumnya. Demokrasi yang dibawa Malaysia selama ini bukannya satu bentuk demokrasi yang benar-benar telus dan adil. Pun begitu Paktan Rakyat terpaksa terus menuruti perjalanan dan arah politik Malaysia selama ini kerana setelah 52 tahun diperintah BN, tiada satu pun usaha untuk menilai perjalanan pilihanraya samaada dari segi bermulanya pendaftaran daftar pemilih hinggakan kehari pengundian.
Satu persatu perubahan yang dibuat Suruhanjaya Pilihanraya lebih memihak kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini. Persempadan semula beberapa tahun yang lalu terang-terangan dibuat untuk memenangkan parti kerajaan. Daftar pemilih yang tidak dikemaskini semata-mata untuk memberi ruang kepada pihak pemerintah memenipulasi dan membawa pengundi-pengundi 'hantu'. Undi Pos pula sememangnya hak kerajaan kerana rata-rata mereka yang berkesempatan mengundi pos hampir keseluruhannya memihak kepada kerajaan.
Terbaru, pelbagai bentuk undang-undang baru dikenakan semata-mata untuk menyekat kebebasan berpolitik telah diutarakan oleh SPR. Larangan berkempen dihari pengundian jelas memihak kepada BN yang terus menerus menggunakan kesempatan media yang ada pada mereka untuk berkempen tanpa halangan. Sedangkan Pakatan Rakyat hanya bergantung kepada merayu undi dihari pengundian.
Ketiadaan pondok panans juga adalah satu lagi bentuk untuk mengetatkan demokrasi yang tidak seimbang ini. Larangan ini juga semakin hari semakin menyusahkan Pakatan Rakyat untuk meraih undi dari rakyat. Permit-permit untuk pemimpin Pakatan Rakyat berceramah juga diperketatkan semata-mata kerana untuk menyukarkan jentera parti Pakatan Rakyat.
BN sememangnya tidak mempunyai jentera pilihanraya yang benar-benar mantap untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat. Rata-rata jaringan jentera pilihanraya BN berpaksikan wang semata-mata. Disebabkan itu, BN terus-menerus berusaha membuat pelbagai bentuk undang-undang untuk menyekat Pakatan Rakyat dari menggerakan jentera pilihanraya mereka memancing undi daripada rakyat.
Justeru itu, Pakatan Rakyat seharusnya sudah bersedia dengan jalan alternatif untuk terus mendekati rakyat mulai sekarang. Bukan hanya menunggu bila pilihanraya umum untuk bertindak meraih dan juga merayu undi. Cawangan - cawangan Pakatan Rakyat yang merupakan jentera yang dekat dengan rakyat seharusnya telah pun bergerak untuk membantu rakyat. Bukannya duduk termanggu memikirkan PRU 12 dan kemenangan yang tidak disangka-sangka sebelum ini.
Pakatan Rakyat hendaklah mengorak langkah seiring dengan kehendak rakyat setempat dan membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat semasa PRU12 benar-benar menepati kehendak rakyat. Agar PRU 13 nanti , rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada gandingan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia;
No comments:
Post a Comment