Baru-baru ini MB Kelantan TGNA berkata Kelantan bersedia meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan orang Islam bukan Melayu dipilih menjadi Menteri Besar Kelantan. Persoalan yang timbul sekarang ini adalah kesediaan orang Melayu sendiri untuk menerima cadangan TGNA. Rata-rata, orang Melayu sebenarnya belum bersedia untuk menelan cadangan TGNA ini walhal , cadangan TGNA ini amat bertetapan dengan kehendak Islam. Islam tidak menilai seseorang itu dari segi bangsanya tetapi keimanan yang jitu menjadi pilihan. Dan adalah tidak menjadi kesalahan langsung untuk orang bukan Melayu tetapi beriman dengan Allah menjadi pemimpin.
Langkah TGNA ini mencerminkan keikhlasan beliau untuk menerap sebanyak mungkin peraturan Islam didalam pemerintahan. Dan kepada mereka yang taksub dengan bangsa sendiri hendaklah bersikap lebih terbuka menerima cadangan TGNA ini. Adalah lebih baik diterima orang bukan Melayu tetapi beriman dengan Allah dan baik budi pekertinya daripada mengangkat orang Melayu yang jahat akhlaknya menjadi pemimpin.
Samaada kita bersedia ataupun tidak bergantung sejauh mana kefahaman kita tentang Islam dan sejauh mana taksubnya kita kepada bangsa kita sendiri. Langkah pemimpin - pemimpin UMNO yang segera bangkit dengan hebatnya menentang cadangan TGNA adalah kerana bagi mereka bangsa lebih penting daripada keimanan seseorang itu.
Kesediaan PAS untuk melantik mana-mana pemimpin bukan Melayu Islam amat memberi kesan kepada bangsa-bangsa lain. Jika sebelum ini, rakyat kurang memahami maksud membenarkan orang bukan Melayu tetapi Islam memimpin, dengan penjelasan TGNA ini, rakyat semakin dapat memahami dan menerima cadangan TGNA ini. Idea mencadangkan MB bukan Melayu Islam ini menunjukkan bahawa PAS sememangnya ikhlas untuk menegakkan keadilan di Malaysia selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum hakam agama Islam itu sendiri.
Malah, jika diperhalusi, cadangan ini mungkin berjaya menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati Islam kerana ajarannya yang penuh keadilan. Orang bukan Melayu dapat menilai betapa Islam amat menitikberatkan hak sesama Islam tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Penerapan nilai-nilai Islam didalam pentadbiran kerajaan amat diperlukan agar menjadi satu titik permulaan kepada perundangan Islam secara menyeluruh kelak.
No comments:
Post a Comment