Monday, January 18, 2010

Wow 4.39 Juta Pengundi


Gambar Hiasan...

WoW..Hanya ungkapan sedemikian pasti sahaja terurai dari mulut sesiapa sahaja mendengar statistik SPR bahawa masih terdapat sejumlah 4.39 juta yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi di seluruh negeri di Malaysia.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Apakah remaja-remaja Melayu masih lagi leka dengan keseronokan duniawi? Hinggakan tanggugjawab sebagai individu rakyat Malaysia diketepikan begitu sahaja. Apakah kerana remaja - remaja Melayu sekarang ini lebih tertarik untuk berhibur dan tidak mahu terikat dengan mana-mana aktiviti yang memerlukan mereka untuk lebih bertanggungjawab ataupun kesedaran betapa pentingnya mereka untuk menunaikan hak mereka masih jauh dan samar-samar jika dibandingkan dengan kaum bukan Melayu.

Pas melalui Dewan Pemuda Pas seharusnya lebih peka akan senario sekarang ini dan bertindak secepat mungkin untuk mendekati remaja-remaja ini sebelum terlambat memandangkan PRU 13 dilihat semakin hampir hari demi hari. Umno sudah pun mengorak langkah mereka mendekati pengundi-pengundi baru ini melalui gerak kerja sosial mereka.

Untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat menerajui Malaysia nanti, PRU 13 merupakan kesempatan yang terbaik untuk berbuat demikian selepas tsunami politik PRU 12 yang lalu. Dan dengan mendekati remaja-remaja yang belum mendaftar ini, Pakatan Rakyat diharap dapat meraih undi daripada mereka ini yang merupakan hampir 30% daripada jumlah yang layak mengundi.

No comments: