Kudeta BN, SPR sekali lagi akan membuat kejutan dengan cadangan persempadanan semula bagi menghadapi PRU 13 nanti. SPR dijangka mengemukakan draf persempadanan semula melalui Pejabat Perdana Menteri sebelum dibawa ke Parlimen.
Menganggap amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan. SPR seperti selalu bertindak membelakangi kehendak rakyat agar bersikap telus dalam menangani segala permasaalahan berkaitan dengan pilihanraya. Dan BN seperti selalu mempunyai kelebihan setiap kali pilihanraya diadakan memandangkan SPR lebih mengutamakan kepentingan BN dari keadilan yang dituntut rakyat.
Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ianya boleh dipinda sesuka hati oleh Perdana Menteri mengikut kepentingan partinya. Kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.
SPR sewajarnya menjadi badan bebas yang ditubuhkan melalui akta yang dibentangkan di Parlimen. SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap dokumen atau draf hanya perlu dilihat oleh ahli parlimen termasuk Perdana Menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke mesyuarat kabinet terlebih dahulu untuk diedit.
No comments:
Post a Comment