Sunday, January 10, 2010
Bomoh Pijak...
Gambar diatas menunjukkan seorang bomoh bernama Yadav di India yang mengamalkan satu teknik perubatan yang paling aneh di dunia dimana beliau akan memijak semua pesakit beliau termasuklah seorang budak kecil yang dibawa kepadanya akibat demam selsema.
Teknik ini pun sebenarnya bukan baru didunia kerana selama 52 tahun, Umno/BN telah pun mempopularkan teknik memijak ini terlebih dahulu. Umno/BN selama ini telah mengamalkan teknik memijak kepala rakyat Malaysia dalam pelbagai segi. Daripada cara mereka mengendalikan dana dan wang rakyat sehinggakan cara mereka menangani pelbagai permasaalahan rakyat berkenaan dengan taraf kehidupan seharian. Acapkali Umno/BN menggunakan kuasa veto mereka dalam kabinet Malaysia meluluskan apa saja undang-undang yang menguntungkan mereka tanpa menilai kesannya kepada rakyat.
Malangnya kita sebagai rakyat Malaysia masih lagi buta dan tuli kerana masih lagi memberi peluang kepada Umno/BN memijak kepala kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya bukan penyokong mana2 pihak, sebab saya masih belum layak mengundi, kebetulan tengok gambar ni, cuma saya terkilan bila orang macam tuan, dalam gambar baik2 je...tapi mengumpat je keburukan orang lain, kalau salah, jadi fitnah, kalau betul pun akan tetap jadi dosa sebab mengumpat.. selalunya makcik2 yang dok mengumpat kat tepi2 rumah jiran, tapi tuan mengumpat dalam blog yang mana beratus2, atau beribu2 orang yang akan saksikan dosa tuan mengumpat. betulkan saya jika saya salah. cuma renung2 lah...Zaman Rasullulah pun mengajar kita bersangka baik terhadap sesama islam. bukan mencari kesalahan orang lain.
Post a Comment