Friday, January 29, 2010
Royalti La !! Bukan Wang Ehsan !!
Kenyataan berani Ku Li di program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak yang dihadiri hampir 100 000 rakyat Kelantan pada 28 Januari 2010 membuka pekung Najib dan Umno selama ini. Ku Li mendedahkan bahawa Kelantan sebenarnya berhak keatas royalti minyak sejumlah RM 2 bilion dan bukannya wang ehsan yang digembar gemburkan oleh Najib dan kuncu - kuncunya.
Dengan kenyataan yang dibuat Ku Li ini, maka terhapuslah segala bentuk tohmahan yang dilakukan selama ini oleh Najib dan rakyat Kelantan serta seluruh rakyat Malaysia amnya kini lebih jelas dan boleh menilai denagn sendirinya siapa yang sebenarnya berdolak dalih perihal isu tuntutan royalti minyak Kelantan.
Dihadiri hampir 100 000 rakyat Kelantan, Ku Li selaku mantan peneraju Petronas seratus peratus bersetuju dengan tuntutan royalti minyak ini demi rakyat Kelantan. Apa yang ditakutkan oleh Najib dan BN adalah dengan RM 2 bilion bila menjadi hak Kelantan kelak ianya akan menjadikan Kelantan salah satu negeri yang terkaya di Malaysia dan seterusnya pelbagai bentuk pembangunan yang selama ini dinafikan hak mereka oleh kerajaan pusat dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan. Seterusnya, mustahilah bagi Umno untuk merampas Kelantan mungkin buat selama-lamanya jika diizinkan ALLAH.
Jika dibandingkan dengan wang ehsan RM 20 juta dan wang royalti RM 20 bilion, sudah tentulah rakyat Kelantan berhak keatas RM 20 bilion selepas dinafikan hak mereka berpuluh - puluh tahun sebelum ini. Pekung yang selama ini cuba ditutup oleh Najib dan BN akhirnya terbuka setelah didedahkan oleh Ku Li semalam. Rakyat dapat menilai sendiri betapa tindak tanduk serta dolak dalih kerajaan BN akhirnya memakan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment