Sunday, January 10, 2010
Joli Katak.....Syok Sendiri
Tahun 2010 bermula dengan kenaikkan harga gula dan juga yuran persekolahan. Langkah seterusnya, kerajaan akan memperkenalkan kadar tol baru, tarif elektrik baru, cukai perkhidmatan yang baru (GST) dan kemungkinan besar juga harga baru minyak bulan Mei nanti.
Terbaru, murid - murid sekolah berasrama penuh dikatakan terpaksa pulang ke rumah 2 kali dalam sebulan kerana peruntukkan untuk menyediakan makanan untuk mereka semasa cuti hujung minggu telah dikurangkan mulai musim persekolahan yang baru ini. Tambahannya, ibubapa yang berpendapatan RM 1500 keatas juga dikenakan dengan yuran asrama yang berlipat kali ganda dari RM 1 ke RM 3 sehari. Semuanya ini akibat kekurangan dana kerajaan yang meruncing sekarang ini. Hakikatnya, kerajaan BN sekarang sudah kehabisan idea sehingga terpaksa menaikkan harga barangan tertentu dengan menghimpit rakyat dan bukannya dengan memperbaiki cara dana kerajaan dibelanja.
Malangnya, disektor - sektor yang lainnya, kerajaan seakan-akan buta dan tuli intuk bertindak memperbaikinya. Dana kerajaan masih lagi dijoli katak oleh orang-orang atasan tanpa rasa bersalah langsung. Masih ada tuntutan perbelanjaan yang dibuat pemimpin yang tidak munasabah tapi terus berlaku tanpa dapat disekat-sekat. Dan ada juga perbelanjaan tambahan hasil dari wang rakyat terus menerus disalahgunakan pemimpin.
Selanjutnya, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk salah guna wang dan kuasa oleh pemimpin-pemimpin yang kita pilih selama ini. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh seorang penulis antarabangsa mengenai RM 100 bilion yang lesap semasa pemerintahan Mahathir. Dan menurut Dr Mahathir, Pak Lah pula dikatakan melenyapkan hampir RM 270 bilion sepanjang 5 tahun Malaysia dibawah seliaan beliau. Dan Najib pula akan terus mengikut telunjuk mentor dan teladan pemimpin-pemimpin terdahulu 'menjoli katak' duit rakyat sekali lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment