Wednesday, January 13, 2010

Tengku Razaleigh & Royalti Minyak


Kesudian Tengku Razaleigh membentangkan fakta berkenaan tuntutan royalti minyak yang diusahakan oleh kerjaan negeri Kelantan pada 29 hb Januari 2010 nanti amatlah bermakna kepada bukan sahaja seluruh rakyat negeri Kelantan malah memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia. Semua rakyat ternanti-nanti perkembangan terbaru ini kerana Tengku Razaleigh merupakan orang kuat Petronas semasa perjanjian dahulu dimeterai.

Pemimpin-pemimpin Umno Kelantan seharusnya lebih bersikap terbuka berkenaan isu ini dan mengikuti jejak langkah Pas dan Tengku Razaleigh menuntut royalti minyak demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Jika alasan pelantar minyak jauh dan diluar perairan Kelantan telah disanggah dengan ekspedisi ke pelantar minyak oleh pemimpin - pemimpin Pas tahun lalu, pemimpin - pemimpin Umno seharusnya lebih memikirkan hak rakyat daripada kepentingan politik sempit mereka.

Jika Umno benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, mereka akan bersikap lebih professional dan bertimbang rasa seperti Tengku Razaleigh dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain. Bukannya hendak memuji tetapi Tengku Razaleigh berjaya meletakkan kepentingan politik ketepi dan meltakkan kepetingan rakyat dahulu.

Suara Tengku Razaleigh akan menjadi lebih keramat berbanding dengan suara pemimpin-pemipin Umno yang lain dalam isu royalti minyak ini memandangkan beliau merupakan orang yang bertanggung jawab didalam hal ini. Rakyat Kelantan besar kemungkinan akan mempercayai Tengku Razaleigh berbanding dengan pemimpin-pemimpin Umno yang lain, dan tidak mustahil jika dikatakan suaranya juga akan lebih diambilkira berbanding pemimpin-pemimpin Pas Kelantan.

Oleh itu penampilan Tengku Razaleigh dimajlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan itu nanti sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kepimpinan kerajaan negeri bagi menghadapi segala tohmahan yang dilemparkan Umno selama ini.

No comments: