Saturday, January 9, 2010

TOL..


Menurut PM kelmarin, kerajaan akan mengumumkan kadar tol baru sedikit masa lagi selepas kajian lengkap penstrukturan semula kadar tol selesai sedikit masa lagi. Najib berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.

Dan besar kemungkinan rakyat akan didahulukan sekali lagi dengan kenaikkan harga tol diawal tahun 2010 ini. Setelah permulaan yang baik awal tahun ini, dengan kenaikkan gula dan kenaikkan yuran sekolah, kerajaan BN mengorak langkah untuk menaikkan harga tol pula. Dan sedikit masa lagi , menjelang Mei nanti, sebilangan besar rakyat juga akan menikmati kenaikkan harga minyak pula.

Tahun 2010 mungkin menyaksikan keadaan ekonomi rakyat lebih tertekan disebabkan kenaikkan harga dan perkhidmatan ini. Dan seperti biasa kerajaan menyalahkan keadaan ekonomi dunia dan membuat perbandingan dengan negara jiran untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Dan seperti biasa juga , pemimpin - pemimpin BN tidak langsung mengiktiraf kemelesetan ekonomi rakyat secara keseluruhannya.

Tidak berhenti dari situ, kerajaan BN juga bercita-cita untuk memperkenalkan cukai perkhidmatan kepada rakyat dalam tahun ini juga. Cukup menyedihkan apabila segala kenaikkan yang membebankan rakyat ini dibuat dengan drastik dan menimpa rakyat secara serentak. Jaminan kerajaan BN pula bahawa harga barangan lain tidak harus dinaikkan hanya merupakan janji-janji kosong kerana tidak mungkin kerajaan akan berjaya menghalang pengusaha - pengusaha dan peniaga untuk berbuat demikian. Akhirnya rakyat juga yang akan menjadi mangsa akibat kerakusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

1 comment:

zolazim.blogspot said...

Nak pakai bekas UMNO woshington n UMNO Perlis buat hi tea talk mai la.zolazim.blogspot