Tuesday, November 17, 2009

Akar Umbi Pakatan Rakyat




Kebanyakkan dari kita dapat menilai keakraban pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat dalam mengharungi badai politik yang tidak seimbang di Malaysia. Seringkali kita mendengar sedikit sebanyak perbezaan pendapat antara mereka diselesaikan dimeja rundingan dan seringkali juga kita dapati perselisihan faham ini diatasi dengan jayanya dimeja rundingan. Dan seringkali juga acap kali kita melihat eksploitasi yang dimainkan media pro BN cuba mengucar-kacirkan persefahaman ini melalui berita yang digembar-gemburkan oleh pecacai-pecacai terlatih mereka. Namun, hasil daripada permuafakatan antara pemimpin-pemimpin ini, jelas sekali ianya dapat ditangani oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat secara teratur.

Kita haruslah ingat akan pepatah Melayu ... 'Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan' ..begitulah juga dengan pertalian politik antara ketiga-tiga parti didalam Pakatan Rakyat. Jadi, janganlah kita merasa gelisah dan ragu-ragu jika timbul isu perbezaan pendapat antara mereka.

Jika pemimpin - pemimpin Pakatan peringkat tinggi mempunyai ruang ataupun 'avenue' untuk menyelesaikan pelbagai isu yang timbul antara mereka...bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi? Pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi inilah yang selalunya menjadi perhatian kepada pengundi-pengundi. Mereka-mereka inilah sedikit sebanyak yang akan membentuk dan merencana sambutan dan sokongan rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Jika persefahaman antara YDP PAS , Ketua Cabang PKR dan Pemimpin DAP Kawasan tidak mencerminkan persefahaman yang jitu, dikhuatiri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat akan menjauhi Pakatan Rakyat dimasa hadapan.

Jika pemimpin - pemimpin kawasan tidak dapat bertolak ansur dan semuanya hanya ingin menjadi jaguh kepada penyokong-penyokong mereka sahaja, rakyat akan merasa persepakatan antara PAS, PKR dan DAP cuma pada nama sahaja dan tidak mungkin akan dapat memenangi hati pengundi-pengundi dikawasan tersebut.

Dimasa ini , rakyat masih lagi tidak begitu terpengaruh dengan kerjasama antara mereka ini. Walaupun mungkin ada kerjasama antara pemimpin-pemimpin ini, ianya tidak lebih daripada semasa acara-acara rasmi kerajaan negeri mahupun sambutan majlis keramaian sahaja. Rakyat masih lagi ternanti-nanti kerjasama yang jitu antara pemimpin-pemimpin kawasan ini bagi membentuk satu kerjasama yang jitu merangkumi pelbagai permasaalahan rakyat setempat tanpa mengira latarbelakang parti mahupun bangsa. Rakyat mahukan pemimpin-pemimpin kawasan berganding bahu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dikawasan mereka secara bersama. Sekarang ini, rakyat masih ternanti-nanti kerjasama yang sebegini kerana kerjasama antara pemimpin-pemimpin kawasan setempat masih lagi samar-samar dan tertutup dikalangan mereka sahaja.

Mungkin sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin kawasan mengorak langkah bersama membimbing rakyat setempat secara terus tanpa perlu ada garis pemisah antara mereka. Rakyat mahukan suatu alternatif kepada BN dan rakyat sekarang ini melihat alternatif ini ada pada Pakatan Rakyat. Justeru itu, pemimpin-pemimpin haruslah bertindak dengan segera bagi memantapkan kerjasama antara pemimpin-pemimpin dari ketiga-tiga parti ini secepat mungkin untuk mengembalikan sokongan rakyat . Janganlah kita mensia-siakan peluang yang ada sekarang ini untuk terus memastikan rakyat menyokong kesinambungan politik Pakatan Rakyat.

No comments: