Monday, November 2, 2009
Najib Kata UG Untuk Kebaikan...Kartun Sungguh
Presiden Umno merangkap PM1M, Datuk Seri Najib Razak berkata Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak. Menurutnya lagi.. "Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Begitulah perangai pemimpin-pemimpin Umno dari dulu hinggalah sekarang, orang sahaja yang berbeza, namun cara mengeksploitasi dan mengambil kesempatan untuk meraih simpati rakyat tetap sama. Sejak bila Umno begitu perihatin tentang tuntutan agama ? Sejak bila Umno merasa terpanggil untuk bergerak meletakkan agama Islam ditempat yang sepatutnya ? Mana perginya Umno bila IFC cuba ditubuhkan? Siapa pula yang begitu liberal menggubal undang-undang agar mereka (muaalaf) dibawah 18 tahun secara automatiknya kekal kepada agama asal mereka jika berlaku perceraian kedua ibu bapa Islam mereka?
Siapa pula yang meluluskan pelbagai lesen judi dan arak di Malaysia ini? KALAU TAK UMNO !!!
Cuba kita bayangkan...Umno sendiri yang selama ini telah mengasingkan urusan agama dengan dunia, yang sejak dulu, kini dan selamanya menolak hukum Islam..dan sekarang sekonyong-konyong hendak bergabung dengan PAS , kononnya demi agama? Najib sebagai seorang pemimpin yang baru menerajui Malaysia akan terus menampilkan kepelbagaian dalam pemerintahannya untuk meraih simpati rakyat yang beralih kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai bentuk isu sengaja di war-warkan untuk menilai keadaan dan 'mood' pengundi semasa. Kepelbagaian strategi ini lebih kepada menabur janji-janji manis mahupun berusaha agar dipandang baik oleh semua lapisan tak kira bangsa dan agama. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya lebih kepada retorik semata-mata kerana disebaliknya, Umno terus menerus memainkan isu perkauman. Umno melalui sayap-sayapnya , Pemuda dan Puteri cukup sinonim dengan isu - isu sensitif dan yang provokasi.
Rakyat haruslah menilai tindakan-tindakan ini dengan rasional kerana janganlah kita termakan dengan cara kepura-puraan Umno ini kerana matlamat mereka cuma satu...Pertahankan Kuasa Mereka. Dimasa Umno semakin terpinggir dan Pakatan Rakyat mula mendapat impak positif dari rakyat, Umno/BN akan terus berusaha menyelami kehendak rakyat dan akan terus berusaha mengaburi mata rakyat dengan tindakan-tindakan yang sedemikian.
Seterusnya, Umno/BN akan menggunakan media yang dikuasai mereka untuk secara terus menerus mempromosi segala bentuk tindakan mereka agar rakyat dimomok dengan berita-berita kebaikan mereka ,walhal, majoriti tindakan yang diambil sememangnya merupakan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah. Dan Umno/BN akan terus juga melupuskan pelbagai berita yang buruk mengenai mereka seperti isu Laporan Audit Negara dan penyelewengan-penyelewengan yang lain. Rakyat haruslah bijak menilai segala berita yang disampaikan agar rakyat tidak tertipu lagi untuk PRU 13 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment