Tuesday, November 17, 2009

Mengapa SPR Pulak Yang Sibuk???

???

Mahkamah Tinggi pada kelmarin memutuskan bahawa DUN Kota Seputeh kosong dan Speaker Kedah telah menggunakan kuasanya mengikut undang-undang tubuh negeri yang termaktub. Tapi yang peliknya , SPR pulak yang seperti cacing kepanasan dengan keputusan tersebut. Tanpa berlengah-lengah lagi SPR mengumumkan mereka akan membuat rayuan di mahkamah rayuan untuk menolak keputusan mahkamah tinggi tersebut...

Tidakkah pelik ??? Apakah selama ini SPR merupakan salah satu komponen parti BN kah ??? Kalau tidak ..mengapa pulak SPR yang terhegeh-hegeh hendak membuat rayuan bagi pihak YB Umno/BN ??? Tidakkah Umno/BN yang lebih berhak merasa kepanasan dan 'tergedik-gedik' hendak buat rayuan. Bukankah lebih berpatutan Umno Kedah merasa bahangnya dan bertindak membuat sesuatu yang mendahului SPR. Tapi SPR pulak yang bertindak 'lebih sudu dari kuah'.

Tindak tanduk SPR selama ini memanglah memualkan pelbagai pihak..namun tindakan yang terbaru ini lebih membuatkan rakyat 'tergolek-golek' mungkin lebih teruk daripada itu mengenangkan betapa lucunya dan taatnya SPR kepada Umno/BN untuk membuat rayuan mengenepikan keputusan mahkamah tinggi tersebut seakan-akan SPR yang bertanding.

Wahai SPR..Sedarlah siapa kamu dan tanggungjawab kamu yang sebenarnya..Sedarlah kamu sepatutnya telus dan berkecuali dan bukannya lebih memihak kepada Umno/BN. Cukuplah hanya SPRM sahaja menjadi pecacai Umno/BN selama ini. Jika SPR terus menerus bersikap umpama salah satu parti komponen BN, tidak mustahil jika rakyat akan terus hilang kepercayaan dan bertindak memboikot mana-mana pilihanraya selepas ini. Jika SPR masih terus menggunakan kuasa mereka dibawah pengaruh Umno/BN , rakyat akan menganggap setiap pilihanraya seterusnya hanya sebagai satu rutin yang biasa dan tidak akan memberi makna apa-pa kepada rakyat.

SPR melalui Pengerusinya haruslah bersikap lebih professional dan bertanggungjawab. Pengerusi SPR mestilah memandang jauh kehadapan akan masa depan generasi yang akan datang termasuklah anak - anak dan cucu-cucu mereka juga. Janganlah terus menerus bersikap 'goblok' dan 'bongkak' yang terlebih-lebih. Rakyat semakin muak dengan tingkah laku Pengerusi SPR yang silih berganti tapi mempunyai mentaliti yang semakin hari semakin merudum tahap professionalism mereka. Sedarlah SPR , jangan perjudikan hak dan nasib rakyat dek kerana hendak menjaga periuk nasi sendiri. Janganlah anggap kamu saja yang pandai dan orang lain semuanya 'bodoh'.

No comments: