Wednesday, November 18, 2009

Menteri Kanan - Takkan Dia Lagi Kut



Pengerusi Risda dan juga bekas Ketua Menteri Melaka , Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyarankan agar Tun Mahathir dilantik menjdi Menteri Kanan Malaysia berdasrkan pengalaman beliau menerajui tampuk pemerintahan Malaysia selama 22 tahun yang lalu. Menurut beliau Tun mempunyai idea-idea dan pengalaman yang cukup penting bagi Malaysia bagi menghadapi apa saja kemelut ekonomi mahupun politik Malaysia. Tambahannya , pengalaman 22 tahun merupakan satu aset yang amat berguna disamping dapat menjulang nama Malaysia dipersada antarabangsa............

Menilai pengalaman 22 tahun Tun sebagai PM Malaysia, memanglah tidak dinafikan kewibawaan Tun menerajui tampuk pemerintahan, namun , kita haruslah sedar kemajuan ekonomi shaja tidak dapat menjamin kebahagiaan rakyat secara keseluruhannya. Sedikit sebanyak memanglah Tun berjaya menaikkan dan memajukan nama Malysia dipersada antarabangsa, tetapi, pembangunan ekonomi tidak diseimbangi oleh pembangunan rohani dimasa pemerintahan Tun. Nilai ketimuran dan logik akal digunakan Tun tanpa sedikit pun menerap nilai dan hukum hakam Islam sebagai rujukan mahupun pendorong. Alim ulamak dan mereka yang berpengetahuan dalam ilmu agama Islam tidak dihormati sewajarnya. Di zaman Tun, Islam diketepikan dan hanya diguna pakai oleh segelintir masyarakat akibat tekanan yang kuat daripada beliau. Masjid-masjid diguna pakai hanya dari sudut keagamaan sahaja ataupun majlis-majlis rasmi . Tekanan demi tekanan dikenakan keatas masjid-masjid dan AJK Masjid yang dinilai sebagai penentang kerajaan. SB-SB dikerah memantau dan mengenal pasti mereka yang dilabel sebagai penentang kerajaan. Di masa pemerintahan Tun jugalah ramai yang diberhentikan tauliah mengajar ilmu agama dan ada yang ditekan dengan menukar tempat kerja mereka sehingga ke pendalaman. Rasuah berleluasa dan di zaman Tun jugalah kita mengenali istilah-istilah seperti Kronisma dan Nepotisma.

Rakyat pula disogok dengan pelbagai halwa dan nikmat dunia sehinggakan kita lalai untuk menerap nilai-nilai dan cara hidup Islam yang sebenarnya. Kelab-kelab malam, perlacuran dan rumah perjudian tumbuh bagai cendawan kerana Tun tidak ambil peduli mengenai kesan-kesan negatif akibat pembawaannya kerana beliau lebih mementingkan duniawi. Kesannya dihadapi kita sekarang ini dengan pemuda pemudi kita yang hanyut dengan kehidupan yang bebas tanpa batasan. Pergaulan bebas dan zina berleluasa, malah, statistik pembunuhan anak luar nikah juga semakin meningkat dari hari ke hari. Penggunaan dadah dikalangan umat Islam di Malaysia yang tertinggi. Umat Islam di Malaysia mengungguli pelbagai rekod seperti teramai menganggur, teramai menagih dadah, teramai di Pusat Serenti, teramai mengandung anak luar nikah dan sebagainya. Baginya Islam hanya pada syiarnya sahaja dan tertakluk dalam ruang lingkup beribadat sahaja. Gerakan-gerakan Islam ditentang dan sekelumit ruang yang ada untuk rakyat mengembangkan nilai hidup dan Tarbiyah Islamiyah melalui sekolah agama rakyat disekat.

Jadi jika kita terus menerus menilai Tun dari segi keduniaan, memang patut Tun dilantik sebagai Menteri Kanan, TETAPI, jika kita masih sayangkan agama Islam dan masih mahu memastikan generasi masa hadapan masih dapat mengenal huruf-huruf jawi dan mengenal hukum hakam Islam , biarlah Tun berada ditempatnya sekarang. Mungkin bunyinya amat keterlaluan, tapi kita haruslah ingat sejarah telah membuktikannya dan janganlah kita biarkannya berulang.

No comments: